Posts

Showing posts from October, 2018

PERANAN MAKANAN UNTUK MEMELIHARA FITRAH DIRI

Image
Manusia dilahirkan fitrah, penuh keberlimpahan, penuh kasih sayang. Namun, semakin dewasa fitrah itu semakin pudar, semakin menjauh, semakin hilang. Hilangnya fitrah diri, segala keberlimpahan semakin tidak dirasai. Jika kita renung sejenak kisah ulama terdahulu, mereka sangat menjaga perihal makanan. Makanan bukan sekadar halal tarafnya tetapi beserta dengan sifat toyyiban. Lihatlah Imam Syafie, mampu menghafal al-quran seawal usia 7 tahun? Beliau sangat tekun menuntut ilmu, mempunyai akhlak yang sangat mulia dan menjadi rujukan umat Islam sekarang. Diriwayatkan ayahnya Idris bin Al-Abbas sangat mementingkan soal pemakanan. Kisah yang sering dibicarakan ialah kisah Idris yang termakan sebiji epal yang dijumpainya di tepi sungai. Setelah itu, Idris merasa amat bersalah kerana memakan buah tersebut tanpa meminta izin tuannya. Idris pun mencari pemilik kebun epal itu dan akhirnya pemilik kebun itu memberi satu syarat untuk dia menghalalkan epal tersebut. Idris haruslah ber

APA TU HIPNOSIS?

Image
Apa itu hipnosis? Masyarakat Melayu kita masih belum cukup terbuka menerima ilmu hipnosis ini. Kita banyak dikaburkan dengan tanggapan-tanggapan yang salah tentang hipnosis. Kebanyakan kita akan berpendapat bahawa hipnosis itu adalah ilmu pukau yang menggunakan kuasa hitam. Ye lah kan, biasanya pukau-pukau ini orang gunakan untuk tujuan kejahatan seperti merompak, menipu dan sabagainya. Orang yang dipukau itu akan menjadi dungu dan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan. Pada hakikatnya, ilmu hipnosis ini bukanlah ilmu paksaan. Bukan sewenang-wenangnya boleh memukau orang lain. Jika tidak, mengapa perompak yang menggunakan ilmu pukau itu tidak kaya raya? Tidak memukau orang hartawan yang sebenar? Hanya menjadikan orang biasa-biasa sahaja menjadi mangsa mereka. Ini kerana bukan semua mangsa mereka boleh pukau dan paksa. Ada beberapa ciri yang mereka perlukan dari mangsa yang membolehkan mangsa bersetuju dengan kehendak mereka. Ini tanggapan umum rakyat kita. Namun, sebenarnya

BETUL KE SAKA?

Image
Apa sebenarnya yang kita terlepas pandang tentang SAKA? Masyarakat Melayu memang tidak asing lagi dengan 'saka'. Pengertian yang biasa kita dengar, saka ialah makhluk halus atau jin yang berada dalam badan manusia yang diwarisi dari keturunan terdahulu. Orang-orang dahulu banyak membela saka dengan tujuan untuk menjaga harta benda, menjaga kebun dan mendapat lebih kekuatan unmtuk bekerja (orang dahulu banyak bekerja menggunakan tenaga). Kemudian kepercayaan ini mula dijadikan sebagai alasan untuk tidak maju dalam hidup. "saya tak sihat dan sering sakit sebab ada saka dalam badan saya" "saya susah nak beribadat sebab saka dalam badan saya sering ganggu saya" "saya tak nak saka ni, tapi nenek moyang saya paksa saya terima" Situasi menyalahkan orang lain (juga menyalahkan saka) sangat tidak disukai oleh Allah. Seolah-olah kita tidak mahu bertanggungjawab dengan diri sendiri. Walhal segala yang berlaku adalah disebabkan ada yang tidak b

TESTIMONI PESERTA KELAS CERMINAN REZEKI

Jom dengarkan apa kata Puan Fatin Nabila tentang kelas Cerminan Rezeki

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

Image
Pernah dengar tak manusia mempunyai OTAK REPTILIA? Eh, biar betul!  Ya, betul lah tu. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian secara amnya iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Namun di sini saya terangkan dengan lebih terperinci bahagian minda bawah sedar. Minda bawah sedar kita perincikan lagi kepada 2 bahagian. Jadi sebenarnya otak kita ada 3 lapisan. Bermula dari lapisan paling bawah ialah otak reptilia/ survival brain, di tengah ialah otak mamalia iaitu emotional brain dan paling atas iaitu di minda sedar ialah otak Neokorteks/ the thinking brain. Proses perkembangan otak manusia bermula dari lapisan paling bawah iaitu survival brain. Ia dipanggil survival brain atau otak reptilia kerana ia memberi respon kepada keselamatan diri. Setiap kali diancam, otak reptilia ini bertindak sebagai pertahanan. Daripada ancaman yang berulang kali itu kemudiannya terbentuklah satu belief system dan habit yang baru. Contohnya, ana

PENGENALAN MINDA MANUSIA

Image
TAHUKAH ANDA? minda bawah sedar manusia adalah 30,000 kali lebih powerful berbanding minda sedar. Wow! Begitulah hebatnya kuasa Allah sebagai yang Maha Pencipta. Minda atau otak manusia adalah ciptaan Allah yang paling hebat pada diri manusia. Tiada siapa tahu had potensi sebenar otak manusia. Segala proses dan sistem badan dikawal oleh minda. Bahkan jika diuruskan dengan betul, minda manusia mampu menjadi satu medan magnet yang kuat untuk menarik segala keberlimpahan rezeki Allah. Secara amnya minda manusia terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu minda sedar (concious mind) dan minda bawah sedar (subconcious mind). Minda bawah sedar juga dipanggil minda segar kerana minda ini tidak pernah tidur dan ia bekerja selagi manusia itu hidup. Minda sedar hanya berfungsi sebanyak 12% sahaja berbanding dengan minda segar iaitu 88%. Ada juga kajian mendapati minda sedar hanya berfungsi sebanyak 5% manakala 95% lagi fungsi badan dikawal oleh minda segar. Allah mencipta minda man

MANUSIA MAKHLUK BAHAGIA, BERKASIH SAYANG

Image
Apakah perasaan anda ketika melihat seorang bayi? Mesti terbit rasa tenang, bahagia, rasa nak gomol-gomol je bayi tu, rasa nak cubit-cubit (geram) je bayi tu kan? Cair je hati bila melihat si comel itu. Padahal bayi tu bukannya ada gigi pun. Cuba orang dewasa tak ada gigi, comel tak? 😅. Itulah fitrah kita. Semua manusia asalnya memang begitu tidak kira agama atau bangsa apa pun. Bayi dilahirkan adalah suci dari sebarang dosa. Kita mudah menyayangi bayi kerana dalam diri bayi penuh dengan stok-stok cinta dan kasih sayang. UNCONDITIONAL LOVE. Kasih yang sejati. Bayi tidak pernah diminta untuk dilahirkan. Bayi tidak pernah memilih untuk lahir dari rahim siapa. Dia tidak pernah memilih siapa ibu bapanya. Namun setelah dilahirkan, seorang bayi tetap menyayangi ibu bapanya sepenuh hati. Fitrah bayi sungguh kuat. Bayi meletakkan 100% kepercayaan kepada ibubapa. Mereka percaya bahawa kita mampu melindungi dan menjaga mereka. Mereka tidak pernah sangsi walau sesaat pun keupayaan kita. Da

MANUSIA MAKHLUK HABIT

Image
Habit adalah, "suatu tindakan atau perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau automatik. Ia terhasil daripada tindakan yang berulang-ulang" Habit tersimpan di minda separa sedar. Apabila sesuatu rutin itu dilakukan berulang-ulang, sehingga satu tempoh, otak akan membina satu sistem automatik. Begitulah cara atau mekanisma otak bekerja. Otak akan sentiasa mencari jalan untuk ‘save effort’. Dengan membina satu sistem automatik (habit) minda sedar tidak perlu lagi membuat keputusan berulang-ulang. Minda sedar boleh fokus kepada hal yang lain pula. Mekanisma ini bukanlah suatu yang tidak baik. Sistem tubuh badan kita semuanya adalah sistem automatik. Degupan jantung, aliran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman dan sebagainya, semuanya di kawal oleh minda separa sedar. Tidak seperti minda sedar, minda separa sedar tidak pernah tidur. Namun begitu, otak tidak dapat mengenalpasti habit yang baik ataupun buruk. Apa sahaja input yang masuk akan diproses sama rata. Se

TESTIMONI PESERTA KELAS CERMINAN REZEKI

Sharing salah seorang peserta Malam tadi masa nak tengok LIVE Coach. Sangkut-sangkut. Tak tahu kenapa. Suara kejap ada kejap tak. Pagi ni saya ulang balik. Dan rupa-rupanya Allah memang nak saya tengok pagi ni. Memang sesuai sangat dengan keadaan. Actually family saya diuji sedikit pagi ni. Sampai semua panik tak tahu nak buat apa. Saya pulak sesambil,  buka je Coach punya live tu. Sebab saya pun buntu tak tahu nak buat apa. Ngam ngam part Coach kata. " Bila saya melepaskan. " ( Berkaitan gelang Coach tu ) Automatic saya terikut sekali melepaskan. Eh. Macam tiba-tiba terprogram kat minda ni. Terus saya kata dalam hati. "Aku lepas kan masalah ini padaMu Ya Allah. Bantu aku cari jalan keluar " Saya tarik nafas kemudian lepaskan. Coach tahu, Subhanallah. Memang ajaib! Saya terus dapat ilham yang tak terfikir pun tadi. Yang saya suami dan adik-adik tak terfikir. Allahuakbar. Hanya satu langkah sahaja rupanya. Persoalan kami terjawab. Akhirnya kami ber

ALAM SEMESTA DAN MANUSIA

Image
Tahukah anda? Struktur alam semesta dan badan manusia sangat banyak persamaan? Para saintis mengatakan MANUSIA ADALAH CERMINAN KEPADA ALAM SEMESTA. Manusia adalah alam semesta yang lebih kecil saiznya. Saintis menerangkan bahawa lohong hitam menyerupai sel nukleus manusia. Peringkat awal galaksi menyerupai sel embrio manusia. Nebula menyerupai mata manusia. Pandangan jarak jauh alam semesta menyerupai sel membran manusia. Jika di bumi pula, komponen-komponen bumi semuanya terdapat dalam badan manusia. Kedua bumi dan manusia juga mempunyai kandungan air yang hampir sama iaitu 70%. Gunung-ganang di bumi ibarat tulang-temulang pada badan manusia. Laut dan sungai ibarat salur-salur darah manusia. Tanah ibarat sistem penghadaman manusia. Haiwan ibarat sistem saraf manusia dan tumbuh-tumbuhan di bumi ibarat sistem pernafasan manusia. Nampak kan, kesinambungan alam dan manusia? Manusia dan alam adalah satu. Manusia dan alam diikat dengan hukum alam iaitu Sunnatullah. Sunnatullah a

ELEMEN DIRI MANUSIA

Image
ELEMEN DIRI MANUSIA SOALAN CEPUMAS💡 Siapakah sebenar-benarnya diri kita? Adakah kita tubuh badan kita? Adakah kita fikiran-fikiran kita? Adakah kita emosi-emosi dalam hati kita? Siapa sebenarnya diri kita? Jom saya cerita santai-santai ye, Diri kita ialah yang MENYEDARI. Yang MENYEDARI mata yang memandang. Yang MENYEDARI telinga yang mendengar. Yang MENYEDARI setiap pergerakan. Yang MENYEDARI fikiran-fikiran yang hadir. Yang MENYEDARI perasaan-perasanan yang singgah di hati. Itulah diri kita. Yang MENYEDARI. Iaitu ROH. ROH adalah kekal sehingga akhirat nanti. Apakah tugas sebenar diri kita? Ya, Allah jadikan manusia supaya menjadi KHALIFAH di muka bumi. KHALIFAH. Besar tugasnya. Sebelum menjadi khalifah kepada manusia lain, manusia perlu menjadi khalifah kepada dirinya sendiri dahulu. Siapa yang kita perlu pimpin dalam diri kita ye? Merekalah MIND, BODY and SOUL. Minda, fizikal dan hati kita. Tiga elemen ini telah Allah amanahkan kepada kita untuk kita jag

MANUSIA MAKHLUK BERJAYA

Image
MANUSIA MAKHLUK BERJAYA Untungnya kita kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Untungnya kita kerana Allah jadikan manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Untungnya kita kerana Allah jadikan kita penuh keajaiban. Ajaibnya manusia membuktikan ajaibnya Allah. Hebatnya manusia membuktikan kehebatan Allah. Agungnya penciptaan manusia membuktikan keagungan Allah sebagai Pencipta. Di dalam Al-Quran Allah sudah bercerita. Allah jadikan manusia dari pati tanah kemudian menjadi air benih. Dari benih menjadi sebuku darah seterusnya menjadi daging. Kemudian dijadikan tulang-temulang dan akhirnya terbentuknya jasad manusia yang lengkap. Satu proses penciptaan yang sangat halus, terperinci, ajaib dan penuh rahsia. Allah jadikan manusia daripada tiada kepada ada. Hebatnya kita kerana kitalah salah satu dalam 200-300 juta sel yang berenang-renang, berjuang untuk hidup ketika di alam roh dahulu. Kitalah yang berjaya itu. Itulah diri kita yang fitrah. Diri kita adalah satu kejayaan.