MANUSIA MAKHLUK HABIT
Habit adalah, "suatu tindakan atau perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau automatik. Ia terhasil daripada tindakan yang berulang-ulang" Habit tersimpan di minda separa sedar. Apabila sesuatu rutin itu dilakukan berulang-ulang, sehingga satu tempoh, otak akan membina satu sistem automatik. Begitulah cara atau mekanisma otak bekerja. Otak akan sentiasa mencari jalan untuk ‘save effort’. Dengan membina satu sistem automatik (habit) minda sedar tidak perlu lagi membuat keputusan berulang-ulang. Minda sedar boleh fokus kepada hal yang lain pula. Mekanisma ini bukanlah suatu yang tidak baik. Sistem tubuh badan kita semuanya adalah sistem automatik. Degupan jantung, aliran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman dan sebagainya, semuanya di kawal oleh minda separa sedar. Tidak seperti minda sedar, minda separa sedar tidak pernah tidur. Namun begitu, otak tidak dapat mengenalpasti habit yang baik ataupun buruk. Apa sahaja input yang masuk akan diproses sama rata. Se...