BETUL KE SAKA?

Apa sebenarnya yang kita terlepas pandang tentang SAKA?


Masyarakat Melayu memang tidak asing lagi dengan 'saka'. Pengertian yang biasa kita dengar, saka ialah makhluk halus atau jin yang berada dalam badan manusia yang diwarisi dari keturunan terdahulu. Orang-orang dahulu banyak membela saka dengan tujuan untuk menjaga harta benda, menjaga kebun dan mendapat lebih kekuatan unmtuk bekerja (orang dahulu banyak bekerja menggunakan tenaga).

Kemudian kepercayaan ini mula dijadikan sebagai alasan untuk tidak maju dalam hidup.

"saya tak sihat dan sering sakit sebab ada saka dalam badan saya"
"saya susah nak beribadat sebab saka dalam badan saya sering ganggu saya"
"saya tak nak saka ni, tapi nenek moyang saya paksa saya terima"

Situasi menyalahkan orang lain (juga menyalahkan saka) sangat tidak disukai oleh Allah. Seolah-olah kita tidak mahu bertanggungjawab dengan diri sendiri. Walhal segala yang berlaku adalah disebabkan ada yang tidak betul dengan kepercayaan yang dipegang.

Agak-agaknya lah kan, apa ye yang Allah maksudkan dengan 'MANUSIA SEBAIK-BAIK KEJADIAN?'. Kita ni seolah-olah mendustakan kata-kata Allah. Allah dah perintahkan segala makhluk untuk sujud kepada Nabi Adam (manusia) kerana tiada apa yang lebih baik dan mulia ciptaan Allah selain manusia. Mengapa keadaan sekarang sebaliknya pula? Manusia pula yang tunduk kepada jin dan syaitan.

Sebenarnya apa yang terjadi ini, bukan disebabkan jin syaitan itu. Ianya disebabkan kita tak ada ilmu kenal diri. Jika diri sendiri pun kita tak kenal, bagaimana kita nak kenal lebih dalam lagi Pencipta kita?
Apa yang terjadi adalah disebabkan programming yang salah sejak kita lahir lagi. Ingat lagi tentang 'OTAK REPTILIA' yang saya tulis sebelum ini? Apabila orang tua sering memomok-momokkan anak-anak tentang jin, hantu mahupun syaitan, lama-kelamaan ia menjadi satu belief system.

"Eh, jangan keluar rumah, nanti hantu kacau"
"Eh, jangan ketawa banyak sangat malam-malam nanti pontianak datang"
"Eh, jangan lalu situ, tempat tu keras"

Bila diancam begitu, OTAK REPTILIA lama kelamaan percaya bahawa hantu, jin, syaitan lebih kuat dari manusia. Manusia perlu takut kepada mereka. Kesannya terus ada sehingga kita dewasa bahkan tak dibetulkan sehingga ke hujung nyawa kita pun.

Cuba anda perhatikan dua ayat di bawah ini. Ayat manakah yang lebih memberikan kesan?

AYAT PERTAMA
Jagalah  kebersihan. Rumah jangan sampai bersawang, pinggan mangkuk kotor jangan menimbun dalam singki. Kain baju jangan biar melonggok tak berlipat. Allah sukakan kebersihan. Malaikat suka duduk rumah yang bersih dan kemas. Kebersihan kan separuh daripada iman.

AYAT KEDUA
Jagalah kebersihan. Rumah jangan sampai bersawang, pinggan mangkuk jangan menimbun dalam singki. Kain baju jangan biar melonggok tak berlipat. Nanti hantu jin datang. Hantu jin memang suka sangat duduk kat tempat kotor dan sepah macam tu. Sampai beranak-pinak pulak jin tu nanti.

Yang mana lebih memberi kesan kepada anda? Rata-rata apabila membaca ayat seperti ayat kedua, kita terus cepat-cepat membersih dan mengemas rumah.



Kepercayaan begini secara halusnya telah menduakan Allah. Lebih teruk lagi ia meletakkan Allah dibelakang jin/ syaitan/ hantu. Sebab itu apabila pesakit gangguan pergi berubat, mereka sukar untuk sembuh. Satu sebab menanggung dosa menduakan Allah, satu lagi sebab kepercayaan belum diubah. Selagi manusia percaya bahawa syaitan/ jin/ hantu itu yang mendatangkan kemudaratab, selagi itulah sakit sukar untuk sembuh.

Yang mendatangkan kemudaratan dan juga kesihatan adalah Allah jua. Jika Allah tak izinkan sakitn itu datang, maka takkan jadi sakit itu.

Jadi, ini bukannya tentang saka jin sangat pun. Ini sebenarnya tentang saka nenek moyang yang diturunkan dalam bentuk programmimg minda. Ianya adalah cara didikan yang salah yang diwarisi turun-temurun.

Untuk sembuh dari apa jua penyakit pun, perkara pertama yang perlu kita ubah ialah MINDSET!

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?