MANUSIA MAKHLUK BERJAYA

MANUSIA MAKHLUK BERJAYA

Untungnya kita kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.
Untungnya kita kerana Allah jadikan manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.
Untungnya kita kerana Allah jadikan kita penuh keajaiban.

Ajaibnya manusia membuktikan ajaibnya Allah.
Hebatnya manusia membuktikan kehebatan Allah.
Agungnya penciptaan manusia membuktikan keagungan Allah sebagai Pencipta.

Di dalam Al-Quran Allah sudah bercerita. Allah jadikan manusia dari pati tanah kemudian menjadi air benih. Dari benih menjadi sebuku darah seterusnya menjadi daging. Kemudian dijadikan tulang-temulang dan akhirnya terbentuknya jasad manusia yang lengkap. Satu proses penciptaan yang sangat halus, terperinci, ajaib dan penuh rahsia. Allah jadikan manusia daripada tiada kepada ada.

Hebatnya kita kerana kitalah salah satu dalam 200-300 juta sel yang berenang-renang, berjuang untuk hidup ketika di alam roh dahulu. Kitalah yang berjaya itu. Itulah diri kita yang fitrah. Diri kita adalah satu kejayaan.

Bagaimana untuk kita sentiasa kekal dalam kejayaan itu? Mudah sahaja, kekalkan fitrah diri kita.
Kenali diri kita sedalam-dalamnya. Apabila umur kian meningkat diri kita semakin jauh dari fitrah. Diri kita lebih banyak terhipnosis dari menghipnosis. Setelah kita kenal diri kita sebagai ciptaan Allah, maka kita pasti kenal Allah sebagai Sang Pencipta. Dalam diri kita sudah tersimpan segala keagungan, keajaiban dan kasih sayang Allah.

Percayakah anda?
Apabila anda mampu memahami dan menguasai diri anda sendiri, anda pasti berubah menjadi satu medan magnet yang sangat luar biasa. Yang mampu menarik segala keberlimpahan nikmat Allah Taala.
Percaya ke percaya 😊?

Teruskan bersama saya, mengembara ke alam diri, menyingkap rahsia Tuhan, membongkar rahsia alam yang semuanya sudah sedia ada dalam diri manusia.

Saya hidangkan satu video untuk kita sama-sama melihat kembali detik kejayaan terbesar kita sebagai manusia. 





Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?