MANUSIA MAKHLUK HABIT

Habit adalah,
"suatu tindakan atau perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan atau automatik. Ia terhasil daripada tindakan yang berulang-ulang"

Habit tersimpan di minda separa sedar. Apabila sesuatu rutin itu dilakukan berulang-ulang, sehingga satu tempoh, otak akan membina satu sistem automatik. Begitulah cara atau mekanisma otak bekerja. Otak akan sentiasa mencari jalan untuk ‘save effort’. Dengan membina satu sistem automatik (habit) minda sedar tidak perlu lagi membuat keputusan berulang-ulang. Minda sedar boleh fokus kepada hal yang lain pula.

Mekanisma ini bukanlah suatu yang tidak baik. Sistem tubuh badan kita semuanya adalah sistem automatik. Degupan jantung, aliran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman dan sebagainya, semuanya di kawal oleh minda separa sedar. Tidak seperti minda sedar, minda separa sedar tidak pernah tidur.

Namun begitu, otak tidak dapat mengenalpasti habit yang baik ataupun buruk. Apa sahaja input yang masuk akan diproses sama rata. Sebab itulah kita perlu menjadi MASTER kepada diri (mind, body & soul) kita. Kita memilih input yang masuk dan memilih untuk otak memproses input itu ataupun tidak.

Dari segi habit biasa, sistem auto ini sangat membantu. Contohnya apabila bangun awal pagi kita terus mandi, gosok gigi dan solat. Selepas setiap kali solat pula kita terus berzikir dan beristighfar. Rutin-rutin ini dilakukan tanpa kita berfikir panjang pun kerana segalanya automatik!

Tetapi, apabila manusia terpedaya dengan hawa nafsu dan juga tidak cukup ilmu mahupun kesedaran, manusia mencipta pelbagai habit buruk. Contohnya bermalasan, bertangguhan, mengambil ringan hal ibadat, lambat buat tindakan, pengotor, pemarah dan sebagainya. ‘Bad habit’ yang berpanjangan ini akhirnya memberi kesan kepada kualiti dan keberhasilan hidup.

Untuk mengubah hidup menjadi lebih baik, habit perlulah ditukar. Ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Proses pengulangan juga diperlukan sekurang-kurangnya selama 21 hari. Ada yang mengamalkan selama 30 hari. Ada juga 40 hari. Bergantung juga kepada berapa teruk ‘bad habit’ yang hendak ditukar itu.

Inilah salah satu sebab mengapa Islam mewajibkan solat 5 waktu setiap hari. Ia merupakan proses pengulangan. Dan surah al-Fatihah di baca 17 kali setiap hari. Begitu juga zikir dan selawat. Kita digalakkan melakukannya berulang kali seperti 3 kali, 7 kali, 11 kali,33 kali dan sebagainya. Semua ini jika dilakukan dengan penuh penghayatan, InshaAllah ia dapat membantu untuk membentuk peribadi muslim yang berjaya dan beriman.

Salah satu lagi cara untuk mengubah habit dengan lebih mudah dan berkesan ialah dengan TERAPI HIPNOSIS atau disebut juga sebagai HYPNOTHERAPY

Berikut adalah salah satu contoh 'habit tracker' yang sering digunakan semasa proses menukar habit.



Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?