ELEMEN DIRI MANUSIA

ELEMEN DIRI MANUSIA


SOALAN CEPUMASđź’ˇ
Siapakah sebenar-benarnya diri kita?
Adakah kita tubuh badan kita?
Adakah kita fikiran-fikiran kita?
Adakah kita emosi-emosi dalam hati kita?
Siapa sebenarnya diri kita?

Jom saya cerita santai-santai ye,

Diri kita ialah yang MENYEDARI.
Yang MENYEDARI mata yang memandang.
Yang MENYEDARI telinga yang mendengar.
Yang MENYEDARI setiap pergerakan.
Yang MENYEDARI fikiran-fikiran yang hadir.
Yang MENYEDARI perasaan-perasanan yang singgah di hati.
Itulah diri kita.
Yang MENYEDARI.
Iaitu ROH.
ROH adalah kekal sehingga akhirat nanti.


Apakah tugas sebenar diri kita?
Ya, Allah jadikan manusia supaya menjadi KHALIFAH di muka bumi. KHALIFAH. Besar tugasnya.

Sebelum menjadi khalifah kepada manusia lain, manusia perlu menjadi khalifah kepada dirinya sendiri dahulu. Siapa yang kita perlu pimpin dalam diri kita ye? Merekalah MIND, BODY and SOUL. Minda, fizikal dan hati kita. Tiga elemen ini telah Allah amanahkan kepada kita untuk kita jaga dan mereka bertiga inilah yang membantu kita menjadi khalifah kepada manusia lain.

Masih kurang jelas?
Pernah tak anda rasa bermalas-malasan? Sedangkan anda ada banyak tugasan yang hendak diselesaikan. Ataupun pernah tak anda rasa menggigil ketika buat presentation ataupun buat public speaking? Anda tak mahu menggigil tapi anda menggigil juga.

Inilah antara tanda anda masih belum menguasai diri anda. Anda mahu buat lain, tetapi badan anda tak patuh arahan, emosi anda tak patuh arahan, fikiran anda juga serabut, tak patuh arahan. Anda yang terhipnosis dengan elemen diri anda bukannya elemen diri anda yang terhipnosis dengan arahan anda.

Bagaimana untuk menjadi MASTER kepada diri sendiri?
Kita teruskan dengan lebih terperinci tentang MIND, BODY and SOUL di topik-topik seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?