Posts

Showing posts with the label manusia sebaik kejadian

MANUSIA MAKHLUK BERJAYA

Image
MANUSIA MAKHLUK BERJAYA Untungnya kita kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Untungnya kita kerana Allah jadikan manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Untungnya kita kerana Allah jadikan kita penuh keajaiban. Ajaibnya manusia membuktikan ajaibnya Allah. Hebatnya manusia membuktikan kehebatan Allah. Agungnya penciptaan manusia membuktikan keagungan Allah sebagai Pencipta. Di dalam Al-Quran Allah sudah bercerita. Allah jadikan manusia dari pati tanah kemudian menjadi air benih. Dari benih menjadi sebuku darah seterusnya menjadi daging. Kemudian dijadikan tulang-temulang dan akhirnya terbentuknya jasad manusia yang lengkap. Satu proses penciptaan yang sangat halus, terperinci, ajaib dan penuh rahsia. Allah jadikan manusia daripada tiada kepada ada. Hebatnya kita kerana kitalah salah satu dalam 200-300 juta sel yang berenang-renang, berjuang untuk hidup ketika di alam roh dahulu. Kitalah yang berjaya itu. Itulah diri kita yang fitrah. Diri kita adalah satu kejayaan. ...