TESTIMONI PESERTA KELAS CERMINAN REZEKI

Sharing salah seorang peserta

Malam tadi masa nak tengok LIVE Coach. Sangkut-sangkut. Tak tahu kenapa. Suara kejap ada kejap tak. Pagi ni saya ulang balik. Dan rupa-rupanya Allah memang nak saya tengok pagi ni. Memang sesuai sangat dengan keadaan.

Actually family saya diuji sedikit pagi ni. Sampai semua panik tak tahu nak buat apa. Saya pulak sesambil,  buka je Coach punya live tu. Sebab saya pun buntu tak tahu nak buat apa.

Ngam ngam part Coach kata.

" Bila saya melepaskan. " ( Berkaitan gelang Coach tu )

Automatic saya terikut sekali melepaskan. Eh. Macam tiba-tiba terprogram kat minda ni. Terus saya kata dalam hati.

"Aku lepas kan masalah ini padaMu Ya Allah. Bantu aku cari jalan keluar "

Saya tarik nafas kemudian lepaskan.

Coach tahu,
Subhanallah. Memang ajaib!

Saya terus dapat ilham yang tak terfikir pun tadi. Yang saya suami dan adik-adik tak terfikir. Allahuakbar. Hanya satu langkah sahaja rupanya. Persoalan kami terjawab. Akhirnya kami beroleh jawapan kepada ujian yang kami lalui pagi ini.

Subhanallah. Terima kasih Ya Allah atas tarbiah ini. Benar Coach. Apa yang kita ada semua ini hanya pinjaman. Allah nak saya belajar melepaskan lagi pagi ini. Ilmu luar biasa . Allahuakbar.
Terima kasih Allah.
Terima kasih Coach. 😘

Begitulah sharing dari hati, seorang peserta kelas Cerminan Rezeki Puan Fatin. Setelah beliau memahami ilmu 'melepaskan segalanya di bawah tadbir Allah' sekelip mata beliau mendapat ilham penyelesaian kepada masalah beliau sekeluarga.

Benarlah bahawa, di dalam setiap ujian itu sentiasa ada Allah. Inilah hukum dualiti. Allah tidak akan memberi ujian tanpa diberikan sekali jalan keluarnya. Hanya manusia sahaja terlalu alpa untuk memandang Allah dalam setiap ujian itu.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?