PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA


Pernah dengar tak manusia mempunyai OTAK REPTILIA? Eh, biar betul! Ya, betul lah tu.


Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian secara amnya iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Namun di sini saya terangkan dengan lebih terperinci bahagian minda bawah sedar.

Minda bawah sedar kita perincikan lagi kepada 2 bahagian. Jadi sebenarnya otak kita ada 3 lapisan. Bermula dari lapisan paling bawah ialah otak reptilia/ survival brain, di tengah ialah otak mamalia iaitu emotional brain dan paling atas iaitu di minda sedar ialah otak Neokorteks/ the thinking brain.




Proses perkembangan otak manusia bermula dari lapisan paling bawah iaitu survival brain. Ia dipanggil survival brain atau otak reptilia kerana ia memberi respon kepada keselamatan diri. Setiap kali diancam, otak reptilia ini bertindak sebagai pertahanan. Daripada ancaman yang berulang kali itu kemudiannya terbentuklah satu belief system dan habit yang baru.

Contohnya, anak-anak kecil sering dimarahi dan seringkali perkataan 'jangan' diungkapkan. Otak reptilia yang menerima ancaman itu berulangkali kemudiannya membentuk satu belief system pertahanan bahawa si anak tadi tidak perlu buat apa-apa pun supaya tidak lagi dimarahi. 

Apabila dimarahi atupun diancam, otak reptilia ini memberikan 3 jenis respon iaitu :

1.  FIGHT (lawan) - anak-anak berpotensi suka untuk memberontak dan menganiaya orang lain.
2.  FLIGHT (lari) - suka lari dari masalah berbanding berdepan atau berusaha mencari jalan penyelesaian
3. FREEZE (lembik kaku) - hanya membiarkan sahaja dirinya jadi mangsa aniaya.

Ancaman-ancaman ini membuatkan anak-anak berasa tidak selamat untuk melakukan banyak perkara. Ini membuatkan mereka takut untuk mencuba dan hilang keyakinan diri. Secara perlahan-lahan habit yang lain juga seperti malas dan bertangguhan juga terbentuk. Sudah tentu ini akan mempengaruhi kejayaan hidup si anak tadi apabila dewasa kelak.

Sebaiknya, ketika kecil anak-anak dididik dengan merangsang otak mamalia mereka iaitu menerapkan nilai-nilai kasih sayang supaya mereka berasa lebih selamat dan berkeyakinan diri. Mereka lebih berani untuk mencuba dan menempuh alam kehidupan. Rangsangan yang betul inilah yang akan membentuk lebih banyak nilai-nilai positif dalam diri.

Dalam Islam pun, Allah telah memberi garis panduan melalui Rasulullah tentang cara-cara yang betul untuk mendidik anak. Anak-anak di bawah usia 7 tahun perlu disayangi sepenuhnya.

Dari umur 7-14 tahun barulah anak-anak dititikberatkan dengan soal disiplin. Pada peringkat usia ini, anak-anak sudah mula mampu menggunakan akal yang terletak di minda sedar. Barulah dititikberatkan juga soal pembelajaran di sekolah dan sebagainya.

Sudah Allah berpesan, Allah hantarkan Nabi Muhammad untuk menyempurnakan akhlak manusia. Di sini sudah jelas dan nyata betapa pentingnya mendidik minda bawah sedar kerana akhlak itu adalah habit. Habit menentukan tahap pencapaian dan kualiti hidup manusia. Sungguh terperinci kan apa yang Allah ciptakan. Segalanyanya dicipta dan disediakan sekali dengan manualnya. Cuma kita sahaja tak rujuk dan amalkan manual itu. Manual itulah Al-Quran dan As-Sunnah.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?