ALAM SEMESTA DAN MANUSIA

Tahukah anda? Struktur alam semesta dan badan manusia sangat banyak persamaan? Para saintis mengatakan MANUSIA ADALAH CERMINAN KEPADA ALAM SEMESTA. Manusia adalah alam semesta yang lebih kecil saiznya.

Saintis menerangkan bahawa lohong hitam menyerupai sel nukleus manusia. Peringkat awal galaksi menyerupai sel embrio manusia. Nebula menyerupai mata manusia. Pandangan jarak jauh alam semesta menyerupai sel membran manusia.

Jika di bumi pula, komponen-komponen bumi semuanya terdapat dalam badan manusia. Kedua bumi dan manusia juga mempunyai kandungan air yang hampir sama iaitu 70%. Gunung-ganang di bumi ibarat tulang-temulang pada badan manusia. Laut dan sungai ibarat salur-salur darah manusia. Tanah ibarat sistem penghadaman manusia. Haiwan ibarat sistem saraf manusia dan tumbuh-tumbuhan di bumi ibarat sistem pernafasan manusia.

Nampak kan, kesinambungan alam dan manusia? Manusia dan alam adalah satu.



Manusia dan alam diikat dengan hukum alam iaitu Sunnatullah. Sunnatullah adalah satu set ketentuan hukum yang dibuat oleh Allah demi keharmonian alam dan menjamin kesejahteraan manusia. Lebih mudah kita sebut sebagai fitrah alam.

Setiap manusia tanpa terkecuali terikat kepada fitrah alam tidak kira agama dan kepercayaan apa pun yang dipegang. Contoh-contoh hukum alam atau fitrah alam ialah HUKUM GRAVITI, HUKUM DAYA DAN TARIKAN, HUKUM TANAGA, HUKUM KESEIMBANGAN dan sebagainya. Setiap makhluk di alam semesta patuh kepada hukum alam hatta syaitan sekalipun. Syaitan sememangnya diberi izin untuk Allah untuk menyesatkan manusia. Hanya manusia sahaja yang berani melanggar fitrah alam.

Manusia mempunyai kelebihan akal fikiran. Inilah yang menjadikan manusia dipilih sebagai KHALIFAH di muka bumi. Manusia mempunyai kemampuan memimpin, memilih dan membuat tindakan. Malangnya dek kerana fitrah diri semakin hilang, semakin terhipnosis dengan nafsu, manusia kini banyak melakukan kerosakan dan kezaliman. Banyak melanggar fitrah alam. Ini juga memberi kesan terhadap alam secara keseluruhannya.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?