TERAPI JIWA DAN EMOSI
Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang penyembuhan emosi dan juga cara untuk menyembuhkan jiwa yang lara dan terluka. Ramai juga yang tidak percaya tentang terapi emosi ini boleh disembuhkan dengan cara yang semulajadi. Kita juga tidak menolak sebarang teknik dari segi medical atau sebagainya. . Seperti yang diperkatakan sejak mula, ianya bukan sekadar terapi atau teknik merawat, tetapi ia lebih kepada penyembuhan. Untuk membantu menyembuhkan emosi itu bukan sekadar meluah rasa yang terpendam di dalam hati. . Salah satu kaedah semulajadi dan tidak memerlukan kos sehingga beribu-ribu ringgit adalah dengan memulakan dengan Terapi Mewarna. Saat kita mewarna, hati akan rasa lebih tenang dan damai, kerana ianya disusuli dengan beberapa teknik terapi hati sebelum memulakan terapi mewarna ini. Pada awalnya, memang kita rasa macam aktiviti di zaman kanak-kanak, tetapi, saat kita melalui proses mewarna dan kesedaran semasa terapi, saat itulah ada yang mengalir air mata, ada ya...