APA TU HIPNOSIS?


Apa itu hipnosis? Masyarakat Melayu kita masih belum cukup terbuka menerima ilmu hipnosis ini. Kita banyak dikaburkan dengan tanggapan-tanggapan yang salah tentang hipnosis. Kebanyakan kita akan berpendapat bahawa hipnosis itu adalah ilmu pukau yang menggunakan kuasa hitam. Ye lah kan, biasanya pukau-pukau ini orang gunakan untuk tujuan kejahatan seperti merompak, menipu dan sabagainya. Orang yang dipukau itu akan menjadi dungu dan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan.

Pada hakikatnya, ilmu hipnosis ini bukanlah ilmu paksaan. Bukan sewenang-wenangnya boleh memukau orang lain. Jika tidak, mengapa perompak yang menggunakan ilmu pukau itu tidak kaya raya? Tidak memukau orang hartawan yang sebenar? Hanya menjadikan orang biasa-biasa sahaja menjadi mangsa mereka. Ini kerana bukan semua mangsa mereka boleh pukau dan paksa. Ada beberapa ciri yang mereka perlukan dari mangsa yang membolehkan mangsa bersetuju dengan kehendak mereka.

Ini tanggapan umum rakyat kita. Namun, sebenarnya kan, hipnosis ini sangatlah general dan luas penggunaannya. Hipnosis jika ditafsirkan dengan detail ialah satu seni komunikasi memujuk untuk menyampaikan saranan ke minda separa sedar orang lain supaya saranan itu dapat diubah menjadi suatu tindakan. Ia merupakan satu eksplorasi ke minda bawah sedar. Bahasa mudahnya hipnosis itu ialah seni mempengaruhi ataupun seni memikat hati.

Samada anda sedar ataupun tidak, proses hipnosis ini berlaku setiap hari. Contohnya, anda sedang menyantuni anak-anak. Pada mulanya anak-anak bermain, bergurau senda dengan riangnya. Anda turut merasa gembira. Namun, tiba-tiba sahaja anak-anak bergaduh. Anda juga naik angin dan geram melihat kerenah anak-anak begitu. Ini maksudnya anda sudah terhipnosis dengan emosi anak-anak.

Contoh kedua, anda melihat cerita Hindustan. Saya beri contoh Hindustan kerana cerita Hindustan mempunyai elemen hipnosis yang sangat baik. Cerita Hindustan penuh dengan emosi, penuh dengan elemen bunyi-bunyian, lagu-lagu yang sedap didengar dan juga elemen alam yang sungguh cantik. Anda perasan tak, cerita Hindustan banyak menggunakan elemen angin dan juga hyperbola? Inilah elemen-elemen pesona yang sengaja dimasukkan supaya ianya lebih terkesan di hati penonton. Walaupun dalam bahasa asing, tetapi ramai je yang boleh hafal lirik lagu Hindustan kan? Bahkan ada menonton cerita yang sama ntah berapa puluh kali. Semuanya akibat anda sudah terhipnosis.

Contoh ketiga, proses hipnosis digunakan ketika berjual beli. Pernah dengar PELANGGAN MEMBELI DENGAN EMOSI? Pelanggan lebih mudah membeli jika dimasukkan elemen emosi. Contoh ayat penjual, “Puan sampai bila nak berada dalam keadaan stress begini? Inilah masanya berjuang untuk diri sendiri. Puan mesti bangkit. Kasihanilah diri Puan sendiri dan anak-anak Puan. Kebahagiaan Puan dan anak-anak tidak ternilai harganya. Kami bantu untuk guide Puan untuk kembalikan semula kebahagian Puan dahulu. Yuran sangatlah murah bebanding dengan nilai kebahagiaan yang Puan dapat nanti. RM150 sahaja seumur hidup. Izinkan diri Puan untuk sertai Kelas Cerminan Rezeki. InshaAllah Puan pasti bertemu jawapan-jawapan hidup Puan di situ.”

Sudah pasti ayat ini lebih memikat hati pelanggan jika dibandingkan dengan hanya kita memberi harga dan manfaat-manfaat secara terus/ point. Contohnya “Puan, kelas ini yurannya RM150 sahaja dan Puan akan dapat banyak manfaat. Antaranya Puan boleh jadi magnet rezeki, magnet kabahagiaan dan magnet kejayaan.”

Sebab tu ilmu hipnosis ini sangat penting dalam bisnes. Ia bukanlah untuk menipu pelanggan tetapi membuka minda pelanggan tentang apa yang pelanggan terlepas pandang. Proses hipnosis tidak akan menjadi jika ia bertentangan dengan nilai kehidupan yang dipegang oleh seseorang itu.

Contoh-contoh di atas hanyalah hipnosis ringan. Hipnosis yang lebih berat dan lebih dalam berlaku ketika proses terapi hipnosis yang dilakukan oleh pakar hipnosis. Contohnya untuk membuang trauma, membuang habit buruk, terapi psikologi dan sebagainya.

Jadi di kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki (Cerminan Rezeki), para peserta mengalami proses hipnosis yang dalam sehingga ke minda bawah sedar. Ia membolehkan mereka berdamai dengan setiap ujian hidup, menyembuhkan kelukaan dan segala penderitaan. Ia membantu memulihkan emosi, membetulkan semula belief system yang lama dan akhirnya melahirkan tindakan-tindakan yang menjurus kepada kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?