MANUSIA MAKHLUK BAHAGIA, BERKASIH SAYANG

Apakah perasaan anda ketika melihat seorang bayi? Mesti terbit rasa tenang, bahagia, rasa nak gomol-gomol je bayi tu, rasa nak cubit-cubit (geram) je bayi tu kan? Cair je hati bila melihat si comel itu. Padahal bayi tu bukannya ada gigi pun. Cuba orang dewasa tak ada gigi, comel tak? 😅.

Itulah fitrah kita. Semua manusia asalnya memang begitu tidak kira agama atau bangsa apa pun. Bayi dilahirkan adalah suci dari sebarang dosa. Kita mudah menyayangi bayi kerana dalam diri bayi penuh dengan stok-stok cinta dan kasih sayang. UNCONDITIONAL LOVE. Kasih yang sejati.

Bayi tidak pernah diminta untuk dilahirkan. Bayi tidak pernah memilih untuk lahir dari rahim siapa. Dia tidak pernah memilih siapa ibu bapanya. Namun setelah dilahirkan, seorang bayi tetap menyayangi ibu bapanya sepenuh hati.

Fitrah bayi sungguh kuat. Bayi meletakkan 100% kepercayaan kepada ibubapa. Mereka percaya bahawa kita mampu melindungi dan menjaga mereka. Mereka tidak pernah sangsi walau sesaat pun keupayaan kita. Dalam diri mereka hanya ada kita. Mereka sangat sayangkan kita.

Fitrah kasih sayang yang ada pada bayi inilah yang mampu memberi perubahan kepada kehidupan ibubapa. Demi anak, ibubapa sanggup bangkit dari kejatuhan, dari kehinaan, sanggup berjuang untuk mencapai kejayaan. Semuanya demi insan bernama anak. Ibubapa seolah-olah mendapat kekuatan dan semangat yang luar biasa.

Lihatlah, betapa kuatnya fitrah kasih sayang seorang bayi. Itulah kita dahulu. Diri kita yang penuh kasih sayang inilah yang menawan hati ramai orang dan menjemput segala rahmat Allah.


Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?