Sungguh terharu membaca perkongsian Puan Asmira (bukan nama sebenar). Kami, seluruh Tim Satria Cinta turut memanjat kesyukuran atas kurniaan dan rahmat yang telah Allah berikan kepada peserta-peserta Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki. Sesungguhnya untuk meraih kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan kita perlukan kesabaran, kesungguhan dan keberserahan yang tinggi. Hayati perkongsian dari Puan Asmira ini. Semoga menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Alhamdulillah.. Semalam dapat bawa MIL pergi pasar pagi Shah Alam dan hadiahkan sehelai tudung walaupun ianya murah. Saya bersyukur sebab itulah kali pertama MIL ucapkan terima kasih sejak 11 tahun saya jadi menantunya. Kalau sebelum ni ok saja tiada masalah. Tapi lepas 5 tahun usia perkahwinan, MIL mula berubah hati, sejak hadirnya menantu-menantu lain. Saya dimaki hamun depan 7 menantu lain. Atas alasan saya org Sabah bukan semenanjung. Tak boleh diterima dek akal. Ya memang sukar untuk diterima bila dimaki di depan ora...
MANUSIA MAKHLUK BERJAYA Untungnya kita kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Untungnya kita kerana Allah jadikan manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Untungnya kita kerana Allah jadikan kita penuh keajaiban. Ajaibnya manusia membuktikan ajaibnya Allah. Hebatnya manusia membuktikan kehebatan Allah. Agungnya penciptaan manusia membuktikan keagungan Allah sebagai Pencipta. Di dalam Al-Quran Allah sudah bercerita. Allah jadikan manusia dari pati tanah kemudian menjadi air benih. Dari benih menjadi sebuku darah seterusnya menjadi daging. Kemudian dijadikan tulang-temulang dan akhirnya terbentuknya jasad manusia yang lengkap. Satu proses penciptaan yang sangat halus, terperinci, ajaib dan penuh rahsia. Allah jadikan manusia daripada tiada kepada ada. Hebatnya kita kerana kitalah salah satu dalam 200-300 juta sel yang berenang-renang, berjuang untuk hidup ketika di alam roh dahulu. Kitalah yang berjaya itu. Itulah diri kita yang fitrah. Diri kita adalah satu kejayaan. ...
Jika sebelum ini, terlalu banyak keinginan untuk melaksanakan “kerja” yang buat “kerja manusia”, kita memang akan rasa bebannya. Kita memang rasa beratnya tugasan tersebut. Manusia terlalu suka membuat kerja yang bukan miliknya. Tetapi, kerana wujudnya sifat keakuan, maka, wujudlah peraaan untuk mengawal kebanyakan perkara. . Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka hanya hamba sahaja di atas pentas lakonan dunia ini. Namun, atas dasar kurang rasa percaya dan tidak ada ilmu yang betul, makanya kita tertewas di dalam urusan seharian kita. . Kita terleka dan terlupa bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Segala tindakan kita juga hanya untuk ujian sahaja buat kita sebagai hambanya. DIA hadirkan segala bentuk ujian sebagai hadiah. Balutan hadiah itu juga bukan sentiasa indah untuk kita nikmati, namun, saat kita sedari tentang nikmatnya, ia sangat menyedarkan kita bahawa DIA sangat dengan kita. . Itulah antara intipati kelas online selama 31 hari ini. Kelas onl...
Comments
Post a Comment