PENGENALAN MINDA MANUSIA

TAHUKAH ANDA?
minda bawah sedar manusia adalah 30,000 kali lebih powerful berbanding minda sedar.
Wow! Begitulah hebatnya kuasa Allah sebagai yang Maha Pencipta.

Minda atau otak manusia adalah ciptaan Allah yang paling hebat pada diri manusia. Tiada siapa tahu had potensi sebenar otak manusia. Segala proses dan sistem badan dikawal oleh minda. Bahkan jika diuruskan dengan betul, minda manusia mampu menjadi satu medan magnet yang kuat untuk menarik segala keberlimpahan rezeki Allah.

Secara amnya minda manusia terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu minda sedar (concious mind) dan minda bawah sedar (subconcious mind). Minda bawah sedar juga dipanggil minda segar kerana minda ini tidak pernah tidur dan ia bekerja selagi manusia itu hidup.

Minda sedar hanya berfungsi sebanyak 12% sahaja berbanding dengan minda segar iaitu 88%. Ada juga kajian mendapati minda sedar hanya berfungsi sebanyak 5% manakala 95% lagi fungsi badan dikawal oleh minda segar.



Allah mencipta minda manusia dengan fungsi-fungsinya yang tertentu. Minda sedar ini tugasnya menerima dan memproses maklumat , membuat perancangan, membuat keputusan dan di sinilah letaknya logik akal. Kecerdikan pembelajaran (IQ) juga letaknya di minda sedar.

Minda bawah sedar pula Allah ciptakan penuh dengan rahsia. Di sinilah tersimpannya sistem kepercayaan, potensi diri, habit, gerak hati,emosi dan juga memori jangka masa panjang. Degupan jantung, aliran darah dan seluruh sistem badan dikawal oleh minda bawah sedar.

Minda mendapat input melalui 5 pancaindera iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bauan dan rasa. Jika input itu diterima berulang kali, minda bawah sedar mula menerima input tersebut dan  akan membina satu sistem baru yang dinamakan habit. Sistem kepercayaan yang baru juga terbentuk dengan informasi yang berulang-ulang.




Minda bersifat menerima apa sahaja. Minda menerima dan memproses apa sahaja jenis informasi yang masuk. Minda tidak memilih informasi baik atau buruk. Ia sangat naif, “innoncent” atau ‘lurus bendul’. Apa yang diarahkan atau dibuat berulang kali, itu yang minda akan percaya dan laksanakan. Jadi, siapa yang bertanggungjawab untuk memilih input yang baik ataupun tidak?

Ya, diri kita yang perlu menyedari dan memilih informasi yang manakah yang perlu minda proses. Kita perlu menjadi MASTER kepada MIND, BODY & SOUL kita.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?