Posts

APAKAH TERAPI MEWARNA UNTUK ORANG DEWASA INI?

Image
Penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad membincangkan potensi untuk mengurangkan kebimbangan. Dalam kajian kuasi eksperimen didapati bahawa penggunaan mandalas dapat mengurangkan kebimbangan keadaan (iaitu pengalaman emosi kontekstual) dan kecemasan trait (iaitu ciri kepribadian) dalam masa hanya 30 minit, bagaimanapun, perbezaan kebimbangan keadaan hampir dua kali bahawa perbezaan yang dinyatakan dalam “anxiety disorder” -Sumber rujukan Google-   Pernah kita melalui fasa mewarna ketika di zaman kanak-kanak. Mungkin di bangku sekolah atau waktu kita mengisi masa lapang bersama keluarga? Boleh kah ingatan kita kembali kepada situasi tersebut. Dapatkah kita kembalikan nostalgia itu?   Namun, ketika ini, saat terapi mewarna ini kita lakukan, apakah yang terlintas di minda dan fikiran kita? Mungkin ia memberi kita ciptaan kreatif untuk memecah rutin kaku kita? Atau bolehkah ia menjadi kesungguhan kita untuk mencapai tahap ketenangan yang kita ma...

MERASAKAN LEBIH DEKAT DENGAN PENCIPTA

Image
Jika sebelum ini, terlalu banyak keinginan untuk melaksanakan “kerja” yang buat “kerja manusia”, kita memang akan rasa bebannya. Kita memang rasa beratnya tugasan tersebut. Manusia terlalu suka membuat kerja yang bukan miliknya. Tetapi, kerana wujudnya sifat keakuan, maka, wujudlah peraaan untuk mengawal kebanyakan perkara. . Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka hanya hamba sahaja di atas pentas lakonan dunia ini. Namun, atas dasar kurang rasa percaya dan tidak ada ilmu yang betul, makanya kita tertewas di dalam urusan seharian kita. . Kita terleka dan terlupa bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Segala tindakan kita juga hanya untuk ujian sahaja buat kita sebagai hambanya. DIA hadirkan segala bentuk ujian sebagai hadiah. Balutan hadiah itu juga bukan sentiasa indah untuk kita nikmati, namun, saat kita sedari tentang nikmatnya, ia sangat menyedarkan kita bahawa DIA sangat dengan kita. . Itulah antara intipati kelas online selama 31 hari ini. Kelas onl...

TERAPI JIWA DAN EMOSI

Image
Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang penyembuhan emosi dan juga cara untuk menyembuhkan jiwa yang lara dan terluka. Ramai juga yang tidak percaya tentang terapi emosi ini boleh disembuhkan dengan cara yang semulajadi. Kita juga tidak menolak sebarang teknik dari segi medical atau sebagainya. . Seperti yang diperkatakan sejak mula, ianya bukan sekadar terapi atau teknik merawat, tetapi ia lebih kepada penyembuhan. Untuk membantu menyembuhkan emosi itu bukan sekadar meluah rasa yang terpendam di dalam hati. . Salah satu kaedah semulajadi dan tidak memerlukan kos sehingga beribu-ribu ringgit adalah dengan memulakan dengan Terapi Mewarna. Saat kita mewarna, hati akan rasa lebih tenang dan damai, kerana ianya disusuli dengan beberapa teknik terapi hati sebelum memulakan terapi mewarna ini. Pada awalnya, memang kita rasa macam aktiviti di zaman kanak-kanak, tetapi, saat kita melalui proses mewarna dan kesedaran semasa terapi, saat itulah ada yang mengalir air mata, ada ya...

SALAH SATU ASBAB TERSEKATNYA REZEKI ADALAH “AMANAH” YANG TIDAK DISELESAIKAN

Image
Jika di tanya, sesiapa pun enggan menjadi pemegang “Amanah” yang mungkin pada bahu mereka sebagai beban. Tetapi, perjalanan setiap kita tidak sama. Setiap dari kita mempunyai “journey” yang berbeza-beza. . Perjalanan itu yang akan menjadikan kita lebih dewasa untuk mencipta kehidupan yang lebih baik. Dan dari “amanah” yang tercipta itu terlahirlah suatu perasaan rasa lebih “bertanggungjawab”. Sentiasa perbetulkan niat kita untuk selesaikan “amanah” di bahu dengan lebih cepat dan pantas supaya kita menjadi asbab kepada terbukanya pintu rezeki. . Admin kongsikan 3 doa yang di amalkan setiap hari. Amalkan setiap pagi dan petang dengan niat untuk selesaikan “amanah”. In Sha Allah, dipermudahkan. Perbetulkan niat sentiasa. . . SILAKAN SHARE. . . p/s: Di dalam kelas online CDPR juga ada teknik mudah untuk selesaikan "amanah". Klik link di bawah untuk di bantu pendaftaran kelas online kami www.wasap.my/+60164385498/CDPR0302 www.wasap.my/+60172565346/CDPR0302 . . #...

BAHAGIA ITU DARI HATI. BUKAN RINGGIT SEMATA MATA.

Image
Hidup ini hanya tinggal saki baki sahaja. Sedarkah kita tentang hal itu? Atau kita masih menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak pernah habis? Adakah kita sering mengabaikan tentang kebahagiaan diri kita sendiri? Membahagiakan diri sendiri bukan bererti kita mengabaikan orang lain. . Itu yang perlu anda tahu. Itu yang perlu anda pelajari. Itu yang anda perlu ambil tahu. Lalui sesuatu itu dengan ilmu yang tepat dan betul. Ramai yang beranggapan menyayangi diri itu melupakan orang lain dan tidak mengambil peduli tentang orang yang kita sayangi. . Dengan ilmu kehidupan yang sangat mendalam, pelbagai ilmu kehidupan yang sangat memberi impak kepada diri anda sendiri. Malah, kepada kehidupan persekitran anda juga turut berubah. Percaya atau percaya? Itu yang terjadi kepada peserta kelas online CDPR kami yang telah melalui tempoh terapi selama 31 hari dengan penuh konsisten. . Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan. Ciptalah kecerian supaya menghadirkan keceriaan di dalam kehid...

LAW OF ATTRACTION

Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah cerminan daripada dalam diri kita sendiri. Jika keindahan yang kita nampak dan rasakan, maka begitulah jua cerminan hati kita. Jika buruk yang kita pandang, maka buruk itulah cerminan hati kita. Semuanya adalah pantulan dari dalam diri kita sendiri. Mengapa begitu? Sudah hukum alam. Hukum daya dan tarikan. Law of attraction. Sunnatullah. Begitulah Allah menetapkan aturan muka bumi ini. Manusia dan alam adalah satu. Manusia adalah alam dalam bentuk yang lebih kecil. Manusia adalah pembolehubah itu. Perubahan manusia akan mengubah alam sekelilingnya. Kerana manusia adalah khalifah, makhluk yang Allah amanahkan untuk menjaga alam semesta ini. Seringkali ada soalan bertanya, Jika kita nampak perkara musibah, takkan kita pandang ia sebagai sesuatu yang indah juga? Begini, Ubah sudut pandang, Pandang ke dalam, Cari mesej Allah. Setiap apa yang Allah izinkan berlaku, satu pun tidak pernah sia-sia. Ada sebab Allah izinkan perkara itu ber...

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?

Seringkali bila dilanda kesusahan, manusia kerap menyalahkan takdir, menyalahkan Allah. Mengapa hal ini terjadi pada aku? Tak habis-habis ditimpa masalah. Mula lah hati tu meragui keadilan Allah. Betul ke Allah tu adil? Kalau adil kenapa aku asyik susah je? Sahabat, renungkan. Betul ke kau asyik susah je? Takkan tak pernah sekali pun kau gembira? Jika langsung kau tak pernah gembira, pastinya ada kekurangan di lubuk hati mu. Hati mu yang tidak dapat merasa kasih sayang Allah, tidak dapat mensyukuri nikmat Allah, bukannya Allah yang tidak memberi kesenangan kepadamu. Susah dan senang adalah hukum dualiti. Hukum keseimbangan yang banyak kali Allah sebut dalam Al-Quran. Apabila kita susah, kita kata Allah tidak adil. Tapi bila kita senang, ada tak kita kata Allah tak adil? Sedangkan untuk adil itu perlu ada keduanya, susah dan senang. Saya rasa takde kot manusia kat dunia ni bila senang, tiba-tiba memohon kesusahan. Takde pun kan? Nah, sekarang siapa yang tak adil, Allah ke kita? Ja...

TESTIMONI : REZEKI TAK DIDUGA

Image
Syukur Alhamdulillah. Kali ini kami menerima perkongsian dari Puan Suhaila. Seorang surirumah yang menghadapi kesulitan kewangan. Sesungguhnya apabila Puan Suhaila percaya bahawa hati manusia itu Allah yang punya dan rezeki itu hanya dari Allah, maka berlakulah segala keajaiban. Datanglah rezeki yang tidak disangka dari sumber yang kita tak pernah sangka pun. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk lebih berserah kepada Allah SWT. Assalamualaikum sahabat-sahabat angel semua. Maaf menyepi seketika kerana saya rasa diri saya ada kalanya on-off. Jadi saya cuba cari solusi & gali diri utk dapatkan jawapan. Alhamdulillah segalanya terjawab bila saya buat ulangan terapi CDPR. Banyak keajaiban berlaku. Tak dinafikan sepanjang berada dalam group CDPR Allah menguji saya dengan masaalah kewangan sehingga duit saya tak ada langsung. Tapi bila saya serahkan kepada Allah & percaya yang rezeki itu datang dari Allah, Alhamdulillah..ada aje rezeki untuk saya. ...

TESTIMONI : HUBUNGAN DENGAN IBU MERTUA SEMAKIN BAIK

Image
Sungguh terharu membaca perkongsian Puan Asmira (bukan nama sebenar). Kami, seluruh Tim Satria Cinta turut memanjat kesyukuran atas kurniaan dan rahmat yang telah Allah berikan kepada peserta-peserta Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki. Sesungguhnya untuk meraih kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan kita perlukan kesabaran, kesungguhan dan keberserahan yang tinggi. Hayati perkongsian dari Puan Asmira ini. Semoga menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Alhamdulillah.. Semalam dapat bawa MIL pergi pasar pagi Shah Alam dan hadiahkan sehelai tudung walaupun ianya murah. Saya bersyukur sebab itulah kali pertama MIL ucapkan terima kasih sejak 11 tahun saya jadi menantunya. Kalau sebelum ni ok saja tiada masalah. Tapi lepas 5 tahun usia perkahwinan, MIL mula berubah hati, sejak hadirnya menantu-menantu lain. Saya dimaki hamun depan 7 menantu lain. Atas alasan saya org Sabah bukan semenanjung. Tak boleh diterima dek akal. Ya memang sukar untuk diterima bila dimaki di depan ora...

PERANAN MAKANAN UNTUK MEMELIHARA FITRAH DIRI

Image
Manusia dilahirkan fitrah, penuh keberlimpahan, penuh kasih sayang. Namun, semakin dewasa fitrah itu semakin pudar, semakin menjauh, semakin hilang. Hilangnya fitrah diri, segala keberlimpahan semakin tidak dirasai. Jika kita renung sejenak kisah ulama terdahulu, mereka sangat menjaga perihal makanan. Makanan bukan sekadar halal tarafnya tetapi beserta dengan sifat toyyiban. Lihatlah Imam Syafie, mampu menghafal al-quran seawal usia 7 tahun? Beliau sangat tekun menuntut ilmu, mempunyai akhlak yang sangat mulia dan menjadi rujukan umat Islam sekarang. Diriwayatkan ayahnya Idris bin Al-Abbas sangat mementingkan soal pemakanan. Kisah yang sering dibicarakan ialah kisah Idris yang termakan sebiji epal yang dijumpainya di tepi sungai. Setelah itu, Idris merasa amat bersalah kerana memakan buah tersebut tanpa meminta izin tuannya. Idris pun mencari pemilik kebun epal itu dan akhirnya pemilik kebun itu memberi satu syarat untuk dia menghalalkan epal tersebut. Idris haruslah ber...

APA TU HIPNOSIS?

Image
Apa itu hipnosis? Masyarakat Melayu kita masih belum cukup terbuka menerima ilmu hipnosis ini. Kita banyak dikaburkan dengan tanggapan-tanggapan yang salah tentang hipnosis. Kebanyakan kita akan berpendapat bahawa hipnosis itu adalah ilmu pukau yang menggunakan kuasa hitam. Ye lah kan, biasanya pukau-pukau ini orang gunakan untuk tujuan kejahatan seperti merompak, menipu dan sabagainya. Orang yang dipukau itu akan menjadi dungu dan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan. Pada hakikatnya, ilmu hipnosis ini bukanlah ilmu paksaan. Bukan sewenang-wenangnya boleh memukau orang lain. Jika tidak, mengapa perompak yang menggunakan ilmu pukau itu tidak kaya raya? Tidak memukau orang hartawan yang sebenar? Hanya menjadikan orang biasa-biasa sahaja menjadi mangsa mereka. Ini kerana bukan semua mangsa mereka boleh pukau dan paksa. Ada beberapa ciri yang mereka perlukan dari mangsa yang membolehkan mangsa bersetuju dengan kehendak mereka. Ini tanggapan umum rakyat kita. Namun, sebenarnya ...