LAW OF ATTRACTION

Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah cerminan daripada dalam diri kita sendiri. Jika keindahan yang kita nampak dan rasakan, maka begitulah jua cerminan hati kita. Jika buruk yang kita pandang, maka buruk itulah cerminan hati kita. Semuanya adalah pantulan dari dalam diri kita sendiri.

Mengapa begitu?
Sudah hukum alam. Hukum daya dan tarikan. Law of attraction. Sunnatullah. Begitulah Allah menetapkan aturan muka bumi ini. Manusia dan alam adalah satu. Manusia adalah alam dalam bentuk yang lebih kecil. Manusia adalah pembolehubah itu. Perubahan manusia akan mengubah alam sekelilingnya. Kerana manusia adalah khalifah, makhluk yang Allah amanahkan untuk menjaga alam semesta ini.

Seringkali ada soalan bertanya,
Jika kita nampak perkara musibah, takkan kita pandang ia sebagai sesuatu yang indah juga?
Begini,
Ubah sudut pandang,
Pandang ke dalam,
Cari mesej Allah.
Setiap apa yang Allah izinkan berlaku, satu pun tidak pernah sia-sia. Ada sebab Allah izinkan perkara itu berlaku.
Cari dan belajarlah ilmu kenal diri, ilmu kenal Allah.

Antara masalah berat yang sering dihadapi ialah masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah anak dan masalah kesihahan. 

Kenapa pasangan curang? Kerana jauh di sudut kita secara tidak sedar, ada ketakutan untuk menerima kasih sayang, tidak percaya diri layak disayangi, tidak percaya akan hubungan perkahwinan. Mungkin disebabkan cara kita dibesarkan sewaktu kecil dahulu. Kerap melihat pergaduhan ibubapa, melihat perceraian ataupun jadi mangsa dera dan sebagainya.

Kenapa sukar berjaya, sukar untuk kaya? Sama juga, ini disebabkan adanya ketakutan dan ketidakyakinan kita terhadap kejayaan atau kekayaan itu. Dalaman kita menghantar getaran yang meragui kekayaan. Takut apabila sudah kaya, diri akan menjadi sombong, jadi lupa pada Allah. Sebabnya kita seringkali disuapkan dengan kata-kata, “ kalau dah kaya nanti, jangan sombong”. Betul kan? Walhal sombong itu tidak semestinya orang kaya sahaja. Orang miskin, orang susah pun apa kurangnya.

Mengapa asyik berjumpa orang yang menganiaya, mengkhianati kita? Kerana kita masih mengaggap kita ini mangsa. Maka kita akan menarik pemangsa dalam hidup kita supaya membuktikan mindset kita tadi bahawa kita adalah mangsa.

Begitulah ringkasnya konsep Law of Attraction. Semuanya adalah tarikan dari dalam diri sendiri. Untuk ubah keadaan ini, kita hanya perlu ubah diri sendiri. Ubah belief system. Pulihkan emosi. Terima segala yang berlaku itu dengan redha. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah menyakiti termasuklah diri sendiri  Mohonlah taubat dari Allah..

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?