TESTIMONI : HUBUNGAN DENGAN IBU MERTUA SEMAKIN BAIK

Sungguh terharu membaca perkongsian Puan Asmira (bukan nama sebenar). Kami, seluruh Tim Satria Cinta turut memanjat kesyukuran atas kurniaan dan rahmat yang telah Allah berikan kepada peserta-peserta Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki.

Sesungguhnya untuk meraih kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan kita perlukan kesabaran, kesungguhan dan keberserahan yang tinggi. Hayati perkongsian dari Puan Asmira ini. Semoga menjadi sumber inspirasi buat kita semua.



Alhamdulillah.. Semalam dapat bawa MIL pergi pasar pagi Shah Alam dan hadiahkan sehelai tudung walaupun ianya murah. Saya bersyukur sebab itulah kali pertama MIL ucapkan terima kasih sejak 11 tahun saya jadi menantunya.

Kalau sebelum ni ok saja tiada masalah. Tapi lepas 5 tahun usia perkahwinan, MIL mula berubah hati, sejak hadirnya menantu-menantu lain.

Saya dimaki hamun depan 7 menantu lain. Atas alasan saya org Sabah bukan semenanjung.
Tak boleh diterima dek akal. Ya memang sukar untuk diterima bila dimaki di depan orang lain sehingga menimbulkan kebencian. Memang mudah untuk melafazkan maaf tapi hati masih menidakkan kemaafan .

Berapa tahun saya memendam rasa. Dihina dan macam-macam lagi. Setiap kebaikan yang saya lakukan tak dipandang. Seolah saya begitu hina dari binatang. Saya mencari dan terus mencari kekurangan diri sehingga tak tau nak buat apa.. Puas minta kat Allah tapi tiada satu pun doa yang makbul. Sedih..

Sehinggalah
Allah temukan saya dengan Kelas CDPR.
Walaupun masuk lambat sikit. Tapi ianya CUKUP BERBALOI.

Dalam Kelas CDPR saya belajar tentang cara berdoa dengan betul, memaafkan diri, belajar menyayangi diri dan memaafkan insan sekeliling juga melepaskan semuanya dalam tadbiran Allah...

Saya ulang ulang dan ulang therapy guru kehidupan., therapy memaafkan diri.
Sehinggalah hati saya rasa puas tenang kosong tiada kebencian padanya.

Ajaibnya tiba-tiba kaki ni terasa ringan utk ke rumah mak mertua. Dengan hati yg baru dan penuh ketenangan. Saat Memandang wajah MIL saya hadirkan energy kasih sayang didepannya. rasanya 2,3kali juga saya datang menziarahi MIL semasa msih dalam amalan therapy. Walaupun biras lain semua memandang semacam.

Betul semuanya berubah 360darjah.

Alhamdulillah MIL mula bercakap dengan kelembutan, tiada lagi jerit tengking yang selalu dihadiahkan untuk saya. Saya mampu pecahkan tembok kebencian. Ucapan terima kasih yang MIL ucapkan semalam membuatkan saya tergerak untuk share semua yang saya rasa.

Kalau ikutkan saya malu nak berkongsi. Setelah puas menjadi cctv akhirnya semua terluahkan. Alhamdulillah sekarang saya boleh terbang bersama angels2 yang lain. Walaupon sikit terlewat.

Syukur Ya Allah.. Hadirkan Coach dan Tim Satria Cinta dalam perjalanan hidup saya. Tidak lupa juga sahabat2 angels2 yang banyak bagi kata-kata semangat untuk sahabat-sahabat angels yang lain. Semoga kasih sayang yang terjalin sampai ke syurganya Allah.


p/s : Angels adalah satu group/program khas yang disertai oleh sebilangan peserta dari Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki. Banyak perkongsian dilakukan di group tertutup ini.

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?