BAHAGIA ITU DARI HATI. BUKAN RINGGIT SEMATA MATA.

Hidup ini hanya tinggal saki baki sahaja. Sedarkah kita tentang hal itu?
Atau kita masih menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak pernah habis?
Adakah kita sering mengabaikan tentang kebahagiaan diri kita sendiri?
Membahagiakan diri sendiri bukan bererti kita mengabaikan orang lain.
.
Itu yang perlu anda tahu. Itu yang perlu anda pelajari. Itu yang anda perlu ambil tahu.
Lalui sesuatu itu dengan ilmu yang tepat dan betul. Ramai yang beranggapan menyayangi diri itu melupakan orang lain dan tidak mengambil peduli tentang orang yang kita sayangi.
.
Dengan ilmu kehidupan yang sangat mendalam, pelbagai ilmu kehidupan yang sangat memberi impak kepada diri anda sendiri. Malah, kepada kehidupan persekitran anda juga turut berubah. Percaya atau percaya? Itu yang terjadi kepada peserta kelas online CDPR kami yang telah melalui tempoh terapi selama 31 hari dengan penuh konsisten.
.
Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.
Ciptalah kecerian supaya menghadirkan keceriaan di dalam kehidupan anda.
Wujudkan kedamaian itu agar kedamaian akan hadir dengan sendirinya.
.
Hidup ini hanya sementara.
Hidup ini hanya seketika.
Hidup ini hanya pinjaman.
.
Kematian itu tidak pernah siapa sangka.
Kehadirannya bukan dirancang dengan sengaja oleh manusia.
Tanpa diduga ianya hadir sekelip mata sahaja.
.
Jangan bertangguh untuk berubah.
Jangan bertangguh untuk mencari ilmu kehidupan.
Jangan bertangguh untuk menjadi yang lebih baik.
Jangan dinilai ilmu dengan wang ringgit yang sifatnya “pinjaman”
.
Jadilah orang yang memberi manfaat kepada diri anda dan juga kepada orang lain.
Walau tidak 10, mungkin satu amalan kita mampu memberi syafaat dan manfaat kepada orang yang kita sayang.
Teruskan melangkah kearah yang lebih baik.
.
Jangan pernah berputus asa.
Teruskan berkata-kata kepadaNYA kerana DIA Yang Maha Mendengar.
Teruskan bercakap-cakap denganNYA kerana DIA Yang Maha Mengetahui.
Teruskan meminta-minta kepadaNYA kerana yakinlah DIA Yang Maha Mengqabulkan.
.
.
Izinkan diri anda untuk dibantu dengan terapi yang memberi keberlimpahan ilmu kehidupan untuk mencipta kebehagiaan dan kedamaian. Klik sahaja link di bawah untuk di bantu segera


Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?