TESTIMONI : REZEKI TAK DIDUGA

Syukur Alhamdulillah. Kali ini kami menerima perkongsian dari Puan Suhaila. Seorang surirumah yang menghadapi kesulitan kewangan.

Sesungguhnya apabila Puan Suhaila percaya bahawa hati manusia itu Allah yang punya dan rezeki itu hanya dari Allah, maka berlakulah segala keajaiban. Datanglah rezeki yang tidak disangka dari sumber yang kita tak pernah sangka pun.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk lebih berserah kepada Allah SWT.




Assalamualaikum sahabat-sahabat angel semua. Maaf menyepi seketika kerana saya rasa diri saya ada kalanya on-off. Jadi saya cuba cari solusi & gali diri utk dapatkan jawapan. Alhamdulillah segalanya terjawab bila saya buat ulangan terapi CDPR. Banyak keajaiban berlaku.

Tak dinafikan sepanjang berada dalam group CDPR Allah menguji saya dengan masaalah kewangan sehingga duit saya tak ada langsung. Tapi bila saya serahkan kepada Allah & percaya yang rezeki itu datang dari Allah, Alhamdulillah..ada aje rezeki untuk saya.

Saya tak rasa risau walaupun duit tak ada. Yang ajaibnya bila saya ada duit Allah tak gerak kan hati suami untuk beri duit kepada saya tapi bila saya tak ada duit tiba-tiba sebelum suami pergi kerja dia hulurkan duit kepada saya. Saya tak bagitahu pun yang saya tak ada duit.

Saya amalkan Terapi Magic Word. Subhanallah memang berkesan.

Satu lagi yang saya ingin kongsikan. Sebelum ni saya ada maklum pada Coach Yan mengenai kes scammer yg mungkin akan dibicarakan hujung bulan November. Terus terang saya katakan kerisauan memang menghantui saya sebabnya saya tak pasti berapa denda yang perlu saya bayar sedangkan saya memang tak ada duit. Jadi Coach Yan minta saya amalkan solat taubat, solat hajat, istighfar 1000x & amalkan surah Al-waqiah serta buat Terapi Pujuk Diri.

Alhamdulillah saya dapat tenangkan diri walaupun kadang-kadang perasaan risau tu tetap hadir. Saya terima perasaan risau tu hadir kemudian saya buat teknik penafasan & saya lepaskan. Saya jadi tenang.

Dan baru-baru ni keajaiban berlaku lagi bila mana pejabat tanah menghubungi saya dan menyatakan yang tanah saya di kampung akan diambil oleh mereka lagi untuk projek lebuh raya. Pihak mereka akan bayar pampasan. Mungkin asbab penyerahan tanah tu saya akan terima pampasan.

Duit pampasan tersebut boleh digunakan untuk bayar denda di hari perbicaraan nanti. Jika duit pampasan tu lambat dibayar mungkin saya boleh pinjam wang dari sesiapa dahulu & saya rasa terjamin untuk bayar duit yang saya pinjam kerana duit pampasan tersebut pasti diperolehi. Sekiranya penyerahan tanah itu tidak berlaku, di mana harus saya cari duit? Dan jika saya pinjam dari orang pun bagaimana untuk saya bayar kembali? Saya hanya surirumah sepenuh masa dan pengasuh anak jiran saya. Seandainya saya tidak bayar denda pasti saya dipenjarakan.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dgn peraturan Allah..

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?