TERAPI JIWA DAN EMOSI

Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang penyembuhan emosi dan juga cara untuk menyembuhkan jiwa yang lara dan terluka. Ramai juga yang tidak percaya tentang terapi emosi ini boleh disembuhkan dengan cara yang semulajadi. Kita juga tidak menolak sebarang teknik dari segi medical atau sebagainya.
.
Seperti yang diperkatakan sejak mula, ianya bukan sekadar terapi atau teknik merawat, tetapi ia lebih kepada penyembuhan. Untuk membantu menyembuhkan emosi itu bukan sekadar meluah rasa yang terpendam di dalam hati.
.
Salah satu kaedah semulajadi dan tidak memerlukan kos sehingga beribu-ribu ringgit adalah dengan memulakan dengan Terapi Mewarna. Saat kita mewarna, hati akan rasa lebih tenang dan damai, kerana ianya disusuli dengan beberapa teknik terapi hati sebelum memulakan terapi mewarna ini. Pada awalnya, memang kita rasa macam aktiviti di zaman kanak-kanak, tetapi, saat kita melalui proses mewarna dan kesedaran semasa terapi, saat itulah ada yang mengalir air mata, ada yang muntah dan sebagainya.
.
Dari terapi mewarna inilah dapat membantu mengalihkan perhatian mereka dari tekanan kehidupan seharian. Kehidupan yang sangat penuh dengan kepelbagaian watak, emosi dan energy. Kita tidak mengawal tentang kehadiran seseorang dengan emosi yang mereka bawa. Andaikan kita bertemu dengan 10 orang yang berbeza, mungkin, emosi yang mereka bawa 20 emosi. Jadi, bukankah itu diluar kawalan kita? Jangan buat kerja yang bukan kerja kita.
.
Jiwa dan emosi in tidak dapat dilihat secara kasarnya. Ianya sangat halus kerana ia boleh berubah dari sifat A ke sifat B dengan sekelip mata sahaja. Setiap orang pasti melalui “perjalanan” hidup ynag berbeza-beza. Perjalanan yang telah dilalui oleh setiap orang itu, mungin hampir sama, tetapi, setiap perjalanan itu tetap tidak akan serupa. Disebabkan itu juga, emosi dan jiwa ini sangat halus nilainya. Ia perlu diperhalusi oleh pandangan hati.
.
Tanpa disedari, Terapi Mewarna ini sebenarnya sangat membantu menterjemah emosi tidak terkawal kita. Ia sangat memberi kesan yang terbaik dalam proses kita melalui kehidupan seharian ini. Dengan terapi mewarna inilah yang akan membantu mereka untuk meneroka perasaan mereka sendiri, mendamaikan segala konflik dalam diri. Malah, banyak lagi impak impak positif yang mereka lalui selepas melakukan terapi mewarna ini. 
.
Boleh rujuk testimoni yang disediakan untuk lebih meyakinkan anda semua. 
.
.
Untuk maklumat lanjut berkaitan terapi mewarna ini, boleh klik link dibawah
 
 https://www.norazyan.com/







 
#SatriaCinta
#SpreadLove

#CoachNoraZyan
#KelasOnlineCDPR
#SetKomboKembarRasa

Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?