Posts

TESTIMONI : REZEKI TAK DIDUGA

Image
Syukur Alhamdulillah. Kali ini kami menerima perkongsian dari Puan Suhaila. Seorang surirumah yang menghadapi kesulitan kewangan. Sesungguhnya apabila Puan Suhaila percaya bahawa hati manusia itu Allah yang punya dan rezeki itu hanya dari Allah, maka berlakulah segala keajaiban. Datanglah rezeki yang tidak disangka dari sumber yang kita tak pernah sangka pun. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk lebih berserah kepada Allah SWT. Assalamualaikum sahabat-sahabat angel semua. Maaf menyepi seketika kerana saya rasa diri saya ada kalanya on-off. Jadi saya cuba cari solusi & gali diri utk dapatkan jawapan. Alhamdulillah segalanya terjawab bila saya buat ulangan terapi CDPR. Banyak keajaiban berlaku. Tak dinafikan sepanjang berada dalam group CDPR Allah menguji saya dengan masaalah kewangan sehingga duit saya tak ada langsung. Tapi bila saya serahkan kepada Allah & percaya yang rezeki itu datang dari Allah, Alhamdulillah..ada aje rezeki untuk saya. ...

TESTIMONI : HUBUNGAN DENGAN IBU MERTUA SEMAKIN BAIK

Image
Sungguh terharu membaca perkongsian Puan Asmira (bukan nama sebenar). Kami, seluruh Tim Satria Cinta turut memanjat kesyukuran atas kurniaan dan rahmat yang telah Allah berikan kepada peserta-peserta Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki. Sesungguhnya untuk meraih kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan kita perlukan kesabaran, kesungguhan dan keberserahan yang tinggi. Hayati perkongsian dari Puan Asmira ini. Semoga menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Alhamdulillah.. Semalam dapat bawa MIL pergi pasar pagi Shah Alam dan hadiahkan sehelai tudung walaupun ianya murah. Saya bersyukur sebab itulah kali pertama MIL ucapkan terima kasih sejak 11 tahun saya jadi menantunya. Kalau sebelum ni ok saja tiada masalah. Tapi lepas 5 tahun usia perkahwinan, MIL mula berubah hati, sejak hadirnya menantu-menantu lain. Saya dimaki hamun depan 7 menantu lain. Atas alasan saya org Sabah bukan semenanjung. Tak boleh diterima dek akal. Ya memang sukar untuk diterima bila dimaki di depan ora...

PERANAN MAKANAN UNTUK MEMELIHARA FITRAH DIRI

Image
Manusia dilahirkan fitrah, penuh keberlimpahan, penuh kasih sayang. Namun, semakin dewasa fitrah itu semakin pudar, semakin menjauh, semakin hilang. Hilangnya fitrah diri, segala keberlimpahan semakin tidak dirasai. Jika kita renung sejenak kisah ulama terdahulu, mereka sangat menjaga perihal makanan. Makanan bukan sekadar halal tarafnya tetapi beserta dengan sifat toyyiban. Lihatlah Imam Syafie, mampu menghafal al-quran seawal usia 7 tahun? Beliau sangat tekun menuntut ilmu, mempunyai akhlak yang sangat mulia dan menjadi rujukan umat Islam sekarang. Diriwayatkan ayahnya Idris bin Al-Abbas sangat mementingkan soal pemakanan. Kisah yang sering dibicarakan ialah kisah Idris yang termakan sebiji epal yang dijumpainya di tepi sungai. Setelah itu, Idris merasa amat bersalah kerana memakan buah tersebut tanpa meminta izin tuannya. Idris pun mencari pemilik kebun epal itu dan akhirnya pemilik kebun itu memberi satu syarat untuk dia menghalalkan epal tersebut. Idris haruslah ber...

APA TU HIPNOSIS?

Image
Apa itu hipnosis? Masyarakat Melayu kita masih belum cukup terbuka menerima ilmu hipnosis ini. Kita banyak dikaburkan dengan tanggapan-tanggapan yang salah tentang hipnosis. Kebanyakan kita akan berpendapat bahawa hipnosis itu adalah ilmu pukau yang menggunakan kuasa hitam. Ye lah kan, biasanya pukau-pukau ini orang gunakan untuk tujuan kejahatan seperti merompak, menipu dan sabagainya. Orang yang dipukau itu akan menjadi dungu dan mengikut apa sahaja arahan yang diberikan. Pada hakikatnya, ilmu hipnosis ini bukanlah ilmu paksaan. Bukan sewenang-wenangnya boleh memukau orang lain. Jika tidak, mengapa perompak yang menggunakan ilmu pukau itu tidak kaya raya? Tidak memukau orang hartawan yang sebenar? Hanya menjadikan orang biasa-biasa sahaja menjadi mangsa mereka. Ini kerana bukan semua mangsa mereka boleh pukau dan paksa. Ada beberapa ciri yang mereka perlukan dari mangsa yang membolehkan mangsa bersetuju dengan kehendak mereka. Ini tanggapan umum rakyat kita. Namun, sebenarnya ...

BETUL KE SAKA?

Image
Apa sebenarnya yang kita terlepas pandang tentang SAKA? Masyarakat Melayu memang tidak asing lagi dengan 'saka'. Pengertian yang biasa kita dengar, saka ialah makhluk halus atau jin yang berada dalam badan manusia yang diwarisi dari keturunan terdahulu. Orang-orang dahulu banyak membela saka dengan tujuan untuk menjaga harta benda, menjaga kebun dan mendapat lebih kekuatan unmtuk bekerja (orang dahulu banyak bekerja menggunakan tenaga). Kemudian kepercayaan ini mula dijadikan sebagai alasan untuk tidak maju dalam hidup. "saya tak sihat dan sering sakit sebab ada saka dalam badan saya" "saya susah nak beribadat sebab saka dalam badan saya sering ganggu saya" "saya tak nak saka ni, tapi nenek moyang saya paksa saya terima" Situasi menyalahkan orang lain (juga menyalahkan saka) sangat tidak disukai oleh Allah. Seolah-olah kita tidak mahu bertanggungjawab dengan diri sendiri. Walhal segala yang berlaku adalah disebabkan ada yang tidak b...

TESTIMONI PESERTA KELAS CERMINAN REZEKI

Jom dengarkan apa kata Puan Fatin Nabila tentang kelas Cerminan Rezeki

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

Image
Pernah dengar tak manusia mempunyai OTAK REPTILIA? Eh, biar betul!  Ya, betul lah tu. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, otak manusia terbahagi kepada dua bahagian secara amnya iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Namun di sini saya terangkan dengan lebih terperinci bahagian minda bawah sedar. Minda bawah sedar kita perincikan lagi kepada 2 bahagian. Jadi sebenarnya otak kita ada 3 lapisan. Bermula dari lapisan paling bawah ialah otak reptilia/ survival brain, di tengah ialah otak mamalia iaitu emotional brain dan paling atas iaitu di minda sedar ialah otak Neokorteks/ the thinking brain. Proses perkembangan otak manusia bermula dari lapisan paling bawah iaitu survival brain. Ia dipanggil survival brain atau otak reptilia kerana ia memberi respon kepada keselamatan diri. Setiap kali diancam, otak reptilia ini bertindak sebagai pertahanan. Daripada ancaman yang berulang kali itu kemudiannya terbentuklah satu belief system dan habit yang baru. Contohnya,...