Posts

APAKAH TERAPI MEWARNA UNTUK ORANG DEWASA INI?

Image
Penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa Islamabad membincangkan potensi untuk mengurangkan kebimbangan. Dalam kajian kuasi eksperimen didapati bahawa penggunaan mandalas dapat mengurangkan kebimbangan keadaan (iaitu pengalaman emosi kontekstual) dan kecemasan trait (iaitu ciri kepribadian) dalam masa hanya 30 minit, bagaimanapun, perbezaan kebimbangan keadaan hampir dua kali bahawa perbezaan yang dinyatakan dalam “anxiety disorder” -Sumber rujukan Google-   Pernah kita melalui fasa mewarna ketika di zaman kanak-kanak. Mungkin di bangku sekolah atau waktu kita mengisi masa lapang bersama keluarga? Boleh kah ingatan kita kembali kepada situasi tersebut. Dapatkah kita kembalikan nostalgia itu?   Namun, ketika ini, saat terapi mewarna ini kita lakukan, apakah yang terlintas di minda dan fikiran kita? Mungkin ia memberi kita ciptaan kreatif untuk memecah rutin kaku kita? Atau bolehkah ia menjadi kesungguhan kita untuk mencapai tahap ketenangan yang kita mahukan?  

MERASAKAN LEBIH DEKAT DENGAN PENCIPTA

Image
Jika sebelum ini, terlalu banyak keinginan untuk melaksanakan “kerja” yang buat “kerja manusia”, kita memang akan rasa bebannya. Kita memang rasa beratnya tugasan tersebut. Manusia terlalu suka membuat kerja yang bukan miliknya. Tetapi, kerana wujudnya sifat keakuan, maka, wujudlah peraaan untuk mengawal kebanyakan perkara. . Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka hanya hamba sahaja di atas pentas lakonan dunia ini. Namun, atas dasar kurang rasa percaya dan tidak ada ilmu yang betul, makanya kita tertewas di dalam urusan seharian kita. . Kita terleka dan terlupa bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Segala tindakan kita juga hanya untuk ujian sahaja buat kita sebagai hambanya. DIA hadirkan segala bentuk ujian sebagai hadiah. Balutan hadiah itu juga bukan sentiasa indah untuk kita nikmati, namun, saat kita sedari tentang nikmatnya, ia sangat menyedarkan kita bahawa DIA sangat dengan kita. . Itulah antara intipati kelas online selama 31 hari ini. Kelas onl

TERAPI JIWA DAN EMOSI

Image
Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang penyembuhan emosi dan juga cara untuk menyembuhkan jiwa yang lara dan terluka. Ramai juga yang tidak percaya tentang terapi emosi ini boleh disembuhkan dengan cara yang semulajadi. Kita juga tidak menolak sebarang teknik dari segi medical atau sebagainya. . Seperti yang diperkatakan sejak mula, ianya bukan sekadar terapi atau teknik merawat, tetapi ia lebih kepada penyembuhan. Untuk membantu menyembuhkan emosi itu bukan sekadar meluah rasa yang terpendam di dalam hati. . Salah satu kaedah semulajadi dan tidak memerlukan kos sehingga beribu-ribu ringgit adalah dengan memulakan dengan Terapi Mewarna. Saat kita mewarna, hati akan rasa lebih tenang dan damai, kerana ianya disusuli dengan beberapa teknik terapi hati sebelum memulakan terapi mewarna ini. Pada awalnya, memang kita rasa macam aktiviti di zaman kanak-kanak, tetapi, saat kita melalui proses mewarna dan kesedaran semasa terapi, saat itulah ada yang mengalir air mata, ada ya

SALAH SATU ASBAB TERSEKATNYA REZEKI ADALAH “AMANAH” YANG TIDAK DISELESAIKAN

Image
Jika di tanya, sesiapa pun enggan menjadi pemegang “Amanah” yang mungkin pada bahu mereka sebagai beban. Tetapi, perjalanan setiap kita tidak sama. Setiap dari kita mempunyai “journey” yang berbeza-beza. . Perjalanan itu yang akan menjadikan kita lebih dewasa untuk mencipta kehidupan yang lebih baik. Dan dari “amanah” yang tercipta itu terlahirlah suatu perasaan rasa lebih “bertanggungjawab”. Sentiasa perbetulkan niat kita untuk selesaikan “amanah” di bahu dengan lebih cepat dan pantas supaya kita menjadi asbab kepada terbukanya pintu rezeki. . Admin kongsikan 3 doa yang di amalkan setiap hari. Amalkan setiap pagi dan petang dengan niat untuk selesaikan “amanah”. In Sha Allah, dipermudahkan. Perbetulkan niat sentiasa. . . SILAKAN SHARE. . . p/s: Di dalam kelas online CDPR juga ada teknik mudah untuk selesaikan "amanah". Klik link di bawah untuk di bantu pendaftaran kelas online kami www.wasap.my/+60164385498/CDPR0302 www.wasap.my/+60172565346/CDPR0302 . . #

BAHAGIA ITU DARI HATI. BUKAN RINGGIT SEMATA MATA.

Image
Hidup ini hanya tinggal saki baki sahaja. Sedarkah kita tentang hal itu? Atau kita masih menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak pernah habis? Adakah kita sering mengabaikan tentang kebahagiaan diri kita sendiri? Membahagiakan diri sendiri bukan bererti kita mengabaikan orang lain. . Itu yang perlu anda tahu. Itu yang perlu anda pelajari. Itu yang anda perlu ambil tahu. Lalui sesuatu itu dengan ilmu yang tepat dan betul. Ramai yang beranggapan menyayangi diri itu melupakan orang lain dan tidak mengambil peduli tentang orang yang kita sayangi. . Dengan ilmu kehidupan yang sangat mendalam, pelbagai ilmu kehidupan yang sangat memberi impak kepada diri anda sendiri. Malah, kepada kehidupan persekitran anda juga turut berubah. Percaya atau percaya? Itu yang terjadi kepada peserta kelas online CDPR kami yang telah melalui tempoh terapi selama 31 hari dengan penuh konsisten. . Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan. Ciptalah kecerian supaya menghadirkan keceriaan di dalam kehid

LAW OF ATTRACTION

Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah cerminan daripada dalam diri kita sendiri. Jika keindahan yang kita nampak dan rasakan, maka begitulah jua cerminan hati kita. Jika buruk yang kita pandang, maka buruk itulah cerminan hati kita. Semuanya adalah pantulan dari dalam diri kita sendiri. Mengapa begitu? Sudah hukum alam. Hukum daya dan tarikan. Law of attraction. Sunnatullah. Begitulah Allah menetapkan aturan muka bumi ini. Manusia dan alam adalah satu. Manusia adalah alam dalam bentuk yang lebih kecil. Manusia adalah pembolehubah itu. Perubahan manusia akan mengubah alam sekelilingnya. Kerana manusia adalah khalifah, makhluk yang Allah amanahkan untuk menjaga alam semesta ini. Seringkali ada soalan bertanya, Jika kita nampak perkara musibah, takkan kita pandang ia sebagai sesuatu yang indah juga? Begini, Ubah sudut pandang, Pandang ke dalam, Cari mesej Allah. Setiap apa yang Allah izinkan berlaku, satu pun tidak pernah sia-sia. Ada sebab Allah izinkan perkara itu ber

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?

Seringkali bila dilanda kesusahan, manusia kerap menyalahkan takdir, menyalahkan Allah. Mengapa hal ini terjadi pada aku? Tak habis-habis ditimpa masalah. Mula lah hati tu meragui keadilan Allah. Betul ke Allah tu adil? Kalau adil kenapa aku asyik susah je? Sahabat, renungkan. Betul ke kau asyik susah je? Takkan tak pernah sekali pun kau gembira? Jika langsung kau tak pernah gembira, pastinya ada kekurangan di lubuk hati mu. Hati mu yang tidak dapat merasa kasih sayang Allah, tidak dapat mensyukuri nikmat Allah, bukannya Allah yang tidak memberi kesenangan kepadamu. Susah dan senang adalah hukum dualiti. Hukum keseimbangan yang banyak kali Allah sebut dalam Al-Quran. Apabila kita susah, kita kata Allah tidak adil. Tapi bila kita senang, ada tak kita kata Allah tak adil? Sedangkan untuk adil itu perlu ada keduanya, susah dan senang. Saya rasa takde kot manusia kat dunia ni bila senang, tiba-tiba memohon kesusahan. Takde pun kan? Nah, sekarang siapa yang tak adil, Allah ke kita? Ja