Posts

Showing posts from November, 2018

LAW OF ATTRACTION

Setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah cerminan daripada dalam diri kita sendiri. Jika keindahan yang kita nampak dan rasakan, maka begitulah jua cerminan hati kita. Jika buruk yang kita pandang, maka buruk itulah cerminan hati kita. Semuanya adalah pantulan dari dalam diri kita sendiri. Mengapa begitu? Sudah hukum alam. Hukum daya dan tarikan. Law of attraction. Sunnatullah. Begitulah Allah menetapkan aturan muka bumi ini. Manusia dan alam adalah satu. Manusia adalah alam dalam bentuk yang lebih kecil. Manusia adalah pembolehubah itu. Perubahan manusia akan mengubah alam sekelilingnya. Kerana manusia adalah khalifah, makhluk yang Allah amanahkan untuk menjaga alam semesta ini. Seringkali ada soalan bertanya, Jika kita nampak perkara musibah, takkan kita pandang ia sebagai sesuatu yang indah juga? Begini, Ubah sudut pandang, Pandang ke dalam, Cari mesej Allah. Setiap apa yang Allah izinkan berlaku, satu pun tidak pernah sia-sia. Ada sebab Allah izinkan perkara itu ber

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?

Seringkali bila dilanda kesusahan, manusia kerap menyalahkan takdir, menyalahkan Allah. Mengapa hal ini terjadi pada aku? Tak habis-habis ditimpa masalah. Mula lah hati tu meragui keadilan Allah. Betul ke Allah tu adil? Kalau adil kenapa aku asyik susah je? Sahabat, renungkan. Betul ke kau asyik susah je? Takkan tak pernah sekali pun kau gembira? Jika langsung kau tak pernah gembira, pastinya ada kekurangan di lubuk hati mu. Hati mu yang tidak dapat merasa kasih sayang Allah, tidak dapat mensyukuri nikmat Allah, bukannya Allah yang tidak memberi kesenangan kepadamu. Susah dan senang adalah hukum dualiti. Hukum keseimbangan yang banyak kali Allah sebut dalam Al-Quran. Apabila kita susah, kita kata Allah tidak adil. Tapi bila kita senang, ada tak kita kata Allah tak adil? Sedangkan untuk adil itu perlu ada keduanya, susah dan senang. Saya rasa takde kot manusia kat dunia ni bila senang, tiba-tiba memohon kesusahan. Takde pun kan? Nah, sekarang siapa yang tak adil, Allah ke kita? Ja

TESTIMONI : REZEKI TAK DIDUGA

Image
Syukur Alhamdulillah. Kali ini kami menerima perkongsian dari Puan Suhaila. Seorang surirumah yang menghadapi kesulitan kewangan. Sesungguhnya apabila Puan Suhaila percaya bahawa hati manusia itu Allah yang punya dan rezeki itu hanya dari Allah, maka berlakulah segala keajaiban. Datanglah rezeki yang tidak disangka dari sumber yang kita tak pernah sangka pun. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata hati kita untuk lebih berserah kepada Allah SWT. Assalamualaikum sahabat-sahabat angel semua. Maaf menyepi seketika kerana saya rasa diri saya ada kalanya on-off. Jadi saya cuba cari solusi & gali diri utk dapatkan jawapan. Alhamdulillah segalanya terjawab bila saya buat ulangan terapi CDPR. Banyak keajaiban berlaku. Tak dinafikan sepanjang berada dalam group CDPR Allah menguji saya dengan masaalah kewangan sehingga duit saya tak ada langsung. Tapi bila saya serahkan kepada Allah & percaya yang rezeki itu datang dari Allah, Alhamdulillah..ada aje rezeki untuk saya.

TESTIMONI : HUBUNGAN DENGAN IBU MERTUA SEMAKIN BAIK

Image
Sungguh terharu membaca perkongsian Puan Asmira (bukan nama sebenar). Kami, seluruh Tim Satria Cinta turut memanjat kesyukuran atas kurniaan dan rahmat yang telah Allah berikan kepada peserta-peserta Kelas Cerminan Diri Pantulan Rezeki. Sesungguhnya untuk meraih kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan kita perlukan kesabaran, kesungguhan dan keberserahan yang tinggi. Hayati perkongsian dari Puan Asmira ini. Semoga menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Alhamdulillah.. Semalam dapat bawa MIL pergi pasar pagi Shah Alam dan hadiahkan sehelai tudung walaupun ianya murah. Saya bersyukur sebab itulah kali pertama MIL ucapkan terima kasih sejak 11 tahun saya jadi menantunya. Kalau sebelum ni ok saja tiada masalah. Tapi lepas 5 tahun usia perkahwinan, MIL mula berubah hati, sejak hadirnya menantu-menantu lain. Saya dimaki hamun depan 7 menantu lain. Atas alasan saya org Sabah bukan semenanjung. Tak boleh diterima dek akal. Ya memang sukar untuk diterima bila dimaki di depan ora