Posts

Showing posts from January, 2019

MERASAKAN LEBIH DEKAT DENGAN PENCIPTA

Image
Jika sebelum ini, terlalu banyak keinginan untuk melaksanakan “kerja” yang buat “kerja manusia”, kita memang akan rasa bebannya. Kita memang rasa beratnya tugasan tersebut. Manusia terlalu suka membuat kerja yang bukan miliknya. Tetapi, kerana wujudnya sifat keakuan, maka, wujudlah peraaan untuk mengawal kebanyakan perkara. . Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa mereka hanya hamba sahaja di atas pentas lakonan dunia ini. Namun, atas dasar kurang rasa percaya dan tidak ada ilmu yang betul, makanya kita tertewas di dalam urusan seharian kita. . Kita terleka dan terlupa bahawa dunia ini hanya pinjaman sementara sahaja. Segala tindakan kita juga hanya untuk ujian sahaja buat kita sebagai hambanya. DIA hadirkan segala bentuk ujian sebagai hadiah. Balutan hadiah itu juga bukan sentiasa indah untuk kita nikmati, namun, saat kita sedari tentang nikmatnya, ia sangat menyedarkan kita bahawa DIA sangat dengan kita. . Itulah antara intipati kelas online selama 31 hari ini. Kelas onl

TERAPI JIWA DAN EMOSI

Image
Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang penyembuhan emosi dan juga cara untuk menyembuhkan jiwa yang lara dan terluka. Ramai juga yang tidak percaya tentang terapi emosi ini boleh disembuhkan dengan cara yang semulajadi. Kita juga tidak menolak sebarang teknik dari segi medical atau sebagainya. . Seperti yang diperkatakan sejak mula, ianya bukan sekadar terapi atau teknik merawat, tetapi ia lebih kepada penyembuhan. Untuk membantu menyembuhkan emosi itu bukan sekadar meluah rasa yang terpendam di dalam hati. . Salah satu kaedah semulajadi dan tidak memerlukan kos sehingga beribu-ribu ringgit adalah dengan memulakan dengan Terapi Mewarna. Saat kita mewarna, hati akan rasa lebih tenang dan damai, kerana ianya disusuli dengan beberapa teknik terapi hati sebelum memulakan terapi mewarna ini. Pada awalnya, memang kita rasa macam aktiviti di zaman kanak-kanak, tetapi, saat kita melalui proses mewarna dan kesedaran semasa terapi, saat itulah ada yang mengalir air mata, ada ya

SALAH SATU ASBAB TERSEKATNYA REZEKI ADALAH “AMANAH” YANG TIDAK DISELESAIKAN

Image
Jika di tanya, sesiapa pun enggan menjadi pemegang “Amanah” yang mungkin pada bahu mereka sebagai beban. Tetapi, perjalanan setiap kita tidak sama. Setiap dari kita mempunyai “journey” yang berbeza-beza. . Perjalanan itu yang akan menjadikan kita lebih dewasa untuk mencipta kehidupan yang lebih baik. Dan dari “amanah” yang tercipta itu terlahirlah suatu perasaan rasa lebih “bertanggungjawab”. Sentiasa perbetulkan niat kita untuk selesaikan “amanah” di bahu dengan lebih cepat dan pantas supaya kita menjadi asbab kepada terbukanya pintu rezeki. . Admin kongsikan 3 doa yang di amalkan setiap hari. Amalkan setiap pagi dan petang dengan niat untuk selesaikan “amanah”. In Sha Allah, dipermudahkan. Perbetulkan niat sentiasa. . . SILAKAN SHARE. . . p/s: Di dalam kelas online CDPR juga ada teknik mudah untuk selesaikan "amanah". Klik link di bawah untuk di bantu pendaftaran kelas online kami www.wasap.my/+60164385498/CDPR0302 www.wasap.my/+60172565346/CDPR0302 . . #

BAHAGIA ITU DARI HATI. BUKAN RINGGIT SEMATA MATA.

Image
Hidup ini hanya tinggal saki baki sahaja. Sedarkah kita tentang hal itu? Atau kita masih menyibukkan diri dengan urusan dunia yang tidak pernah habis? Adakah kita sering mengabaikan tentang kebahagiaan diri kita sendiri? Membahagiakan diri sendiri bukan bererti kita mengabaikan orang lain. . Itu yang perlu anda tahu. Itu yang perlu anda pelajari. Itu yang anda perlu ambil tahu. Lalui sesuatu itu dengan ilmu yang tepat dan betul. Ramai yang beranggapan menyayangi diri itu melupakan orang lain dan tidak mengambil peduli tentang orang yang kita sayangi. . Dengan ilmu kehidupan yang sangat mendalam, pelbagai ilmu kehidupan yang sangat memberi impak kepada diri anda sendiri. Malah, kepada kehidupan persekitran anda juga turut berubah. Percaya atau percaya? Itu yang terjadi kepada peserta kelas online CDPR kami yang telah melalui tempoh terapi selama 31 hari dengan penuh konsisten. . Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan. Ciptalah kecerian supaya menghadirkan keceriaan di dalam kehid