TESTIMONI PESERTA KELAS ONLINE CERMIN REZEKI

Bicara Hati Peserta.
  
Alhamdulillah syukur Ya Allah Ya Syakur Ya Jami' yang mengizinkan saya bertemu muka (offline) dan online bersama puan guru, coach nora zyan dalam group Cerminan Diri Pantulan Rezeki ini.


Sejujurnya,
Saya mula mensyukuri segala nikmat yang Allah anugerahi diri saya, mengenali diri saya, menyayangi dan mencintai diri saya, memaafkan diri saya dan menerima segala tadbir dan takdir Allah kepada diri saya dengan penuh rasa bersyukur. Semuanya baik dalam tadbir Allah.


Benarlah, Allah itu Maha Baik. Apabila kita berkehendak kebaikan dan sentiasa mensyukuri nikmat yang dianugerahiNYA, pasti dikurniakan yang terbaik buat diri kita. Sentiasa review NiAT kerana ALLAH. Pasti Allah bukakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

Program Cerminan Diri ini mengajar saya lebih mengenali diri, potensi yang ada dalam diri dan menggali diri sejati saya, lebih mendekatkan diri saya pada Allah Yang Maha Pencipta. 

Lazimi diri dengan selawat, istighfar, zikir harian, bacaan al-Quran dan solat sunat taubat serta menjaga pemakanan memberi impak yang besar pada diri saya sendiri.


Alhamdulillah..saya lebih yakin pada diri sendiri, melepaskan ketakutan dalam diri selama ini, yang seringkali sabotaj diri sendiri dan terpengaruh dengan kata-kata orang lain tentang diri saya. Kini, saya terima dualiti diri saya itu sebagai anugerah terindah dan https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f84/1/16/1f381.png🎁hadiah istimewa dari Allah Yang Maha Pencinta.

Masalah itu bukanlah masalah, ianya adalah HADIAH terindah dari Allah untuk lebih mengenali diri dan kenal Allah serta mendekatkan diri pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Kaya Keberlimpahan RezekiNYA Yang Maha Memberi Rezeki.

Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit dan harta dunia, namun konsep rezeki itu terlalu luas.
Nikmat menuntut ilmu yang sangat MAHAL manfaatnya ini juga adalah juga REZEKI.


Semua yang hadir dalam hidup kita juga adalah Pantulan Rezeki bagi Cerminan Diri kita. Apabila kita menyantuni diri kita dengan sebaiknya, begitu juga Allah hadirkan insan-insan yang menyantuni diri kita juga. Apabila kita berbuat baik kepada orang lain dan melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah, pasti Allah ganjari kita juga dengan keberlimpahan rezeki dan kebaikan yang tidak kita sangka-sangka. Sentiasa review dan reset NIAT kerana ALLAH.
Lazimi INFAQ dan SEDEKAH.

Memberi salam dan menghadiahkan senyuman juga adalah sedekah. Apabila kita membuat orang lain gembira dan bahagia, Allah jua akan memberi kebahagiaan kepada hati kita. Jiwa akan damai dan tenteram apabila kita selalu memberi kebaikan kepada orang lain.
Alhamdulillah

Terima kasih Allah.
Terima kasih Ya Rasulullah.
Terima kasih duhai diriku yang dikasihi Allah.
Terima kasih puan guru coach nora zyan yang dirahmati Allah.


Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita dan mudah-mudahan ianya adalah kebaikan buat diri kita dan menjadi asbab kebaikan orang di sekeliling kita juga.

I luv u

-share.

#mastercoachyan


Comments

Popular posts from this blog

PERKEMBANGAN AWAL OTAK MANUSIA

PENGENALAN MINDA MANUSIA

BETUL KE ALLAH ITU ADIL?